Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN WIMBLEDON

Djokovic yakin dapat rebut gelaran juara Terbuka Wimbledon

Marketa Vondrousova akan bertemu Ons Jabeur dalam perlawanan akhir perseorangan wanita
Jul 14, 2023 | 03:24 PM



WIMBLEDON: Novak Djokovic percaya rekod hebatnya di Wimbledon memastikan beliau kekal sebagai pilihan utama untuk merebut gelaran juara perseorangan lelaki menjelang pertarungan separuh akhir malam ini. 


Djokovic, yang sedang memburu rekod kejayaan kelapan yang menyamai rekod lelaki, bakal menentang pilihan kelapan dari Italy, Jannik Sinner.

Sementara itu, pemain pilihan utama dari Sepanyol, Carlos Alcaraz akan menentang pilihan ketiga dari Russia, Daniil Medvedev, dalam pertarungan separuh akhir seterusnya. 

“Saya tidak mahu menjadi terlalu bongkak, tetapi sudah tentu saya akan menganggap diri saya sebagai pemain pilihan utama,” kata pilihan kedua Djokovic.

Pemain Serbia itu memburu kemenangan kelima berturut-turut di Kelab All England, yang juga akan menyaksikannya menyamai rekod 24 kejuaraan utama yang kini masih dipegang Margaret Court. 

“Berdasarkan keputusan yang saya miliki sepanjang kerjaya saya di sini, selepas menjuarai kejuaraan Wimbledon ini sebanyak empat kali, saya menganggap diri saya sebagai pilihan utama,” tambahnya.

Perbezaan pengalaman antara Djokovic dan Sinner amat terserlah jika dilihat pada statistik.

Sinner, 21 tahun, mara ke separuh akhir Grand Slam pertamanya dengan menewaskan Roman Safiullin dari Russia, manakala Djokovic akan bertanding dalam pertarungan separuh akhir ke-46 bagi dirinya - menyamai rekod lelaki sepanjang zaman Roger Federer.

Djokovic juga sedang menyasarkan untuk mara ke final perseorangan Grand Slam ke-35, yang akan menjadi rekod baru, mendahului pemain Amerika Syarikat, Chris Evert.

Djokovic, yang berusia 36 tahun pada Mei, juga ingin menjadi pemain ketiga tertua dalam era kejohanan Terbuka untuk mara ke final perseorangan lelaki selepas Ken Rosewall yang berusia 39 tahun dan Federer yang berusia 37 tahun.

Sinner boleh menjadi pemain lelaki termuda untuk mara ke final Wimbledon sejak 2007, walaupun ia mungkin akan diatasi oleh Alcaraz yang berusia 20 tahun.

Sementara itu, Ons Jabeur menghasilkan kemunculan semula yang hebat untuk menewaskan Aryna Sabalenka bagi memastikan beliau melangkah ke perlawanan akhir perseorangan wanita Wimbledon menentang pemain bukan pilihan Czech Marketa Vondrousova.

Harapan Jabeur kelihatan semakin malap pada set pertama dan ketinggalan 4-2, namun beliau bangkit untuk menang 6-7 (5-7) 6-4 6-3, sekali gus mara ke final kedua berturut-turut di Kejohanan Wimbledon itu. 

Ini juga bermakna akan ada juara Wimbledon dan Grand Slam baru pada hujung minggu ini.

Vondrousova menamatkan pertarungan sengit menentang pemain Ukraine, Elina Svitolina dengan menang 6-3 6-3.

Beliau menjadi pemain bukan pilihan pertama yang berjaya mara ke final perseorangan wanita Wimbledon dalam era kejohanan Terbuka.

Jabeur, pemain kelahiran Tunisia, yang merupakan pilihan keenam, ditewaskan pada perlawanan akhir tahun lalu oleh Elena Rybakina, meskipun menerima sokongan hebat dari para penonton yang berada di ‘Centre Court’. 

Perlawanan tersebut dianggap sebagai salah satu perlawanan terbaik kejohanan itu sejauh ini.

Sewaktu temuramah selepas pertarungan separuh akhir pada Khamis, Jabeur berkata: 

“Terima kasih kepada orang ramai yang membantu memastikan saya kekal dalam perlawanan ini.

“Terima kasih banyak kerana mempercayai saya. Saya banyak bekerjasama dengan jurulatih mental saya tentang perkara ini. Saya mungkin akan menulis buku mengenainya!”

Aksi pertarungan akhir perseorangan wanita bakal berlangsung pada Sabtu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >