Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN WIMBLEDON

Penganjur Wimbledon hadapi cabaran cuaca, penunjuk perasaan

Jul 06, 2023 | 03:14 PM



LONDON: Penunjuk perasaan bagi perubahan iklim dan hujan yang turun sekali lagi menjejas Wimbledon, menambah masalah bagi pegawai keselamatan dan penganjur. 


Namun juara bertahan Novak Djokovic tidak mengendahkan masalah di luar gelanggang itu dan berjaya mara ke pusingan ketiga tanpa masalah.

Beliau meraih kemenangan perlawanan Grand Slam ke-350 dengan menewaskan Jordan Thompson 6-3, 7-6 (6-4) dan 7-5 sementara pilihan nombor satu wanita Iga Swiatek juga mara ke pusingan ketiga dengan mudah.

Keselesaan kededua pemain tenis unggul itu memenangi perlawanan masing-masing bak bercanggah dengan kekecohan di Wimbledon, selepas harapan penganjur kecundang untuk melengkapkan 87 perlawanan pada Rabu apabila hujan lebat.

Sejumlah 21 perlawanan terpaksa dibatalkan, sementara 10 perlawanan lelaki dan tujuh perlawanan wanita dalam pusingan pertama belum dimulakan atau terpaksa ditunda.

Djokovic dan Swiatek mara ke pusingan ketiga, tetapi pemain tenis Jerman Alexander Zverev iaitu pilihan ke-19 dan pemain wanita pilihan ke-16 Karolina Muchova belum lagi beraksi di gelanggang. 

Ia ditambah pula dengan masalah yang dialami penganjur iaitu bantahan perubahan iklim yang diberi nama ‘Just Stop Oil’.

Sebagai contoh, perlawanan terpaksa dihentikan dua kali di Gelanggang 18, apabila penggiat antiperubahan iklim mengganggu perlawanan dengan berlari ke gelanggang untuk menaburkan konfeti iaitu cebisan kertas serta kadbod di sana.

Kejadian pertama berlaku semasa pemain tenis Bulgaria Grigor Dimitrov beraksi menentang pemain dari Jepun Sho Shimabukuro.

Menyusulinya, perlawanan antara Katie Boulter dari Britain dengan Daria Saville dari Australia juga terpaksa dihentikan.

Pegawai keselamatan menangani kededua kejadian dengan pantas dan tiada kerosakan dilapor di gelanggang.

Polis Metropolitan berkata tiga pembantah telah ditangkap kerana disyaki menceroboh dan menyebabkan kerosakan.

Dimitrov, yang pernah mara ke separuh akhir di Wimbledon berkata aturan keselamatan pertandingan itu memadai. 

“Tentunya, apa yang berlaku tidak menyenangkan. Tapi tiada banyak yang boleh kita lakukan. Bagi saya, setiap pihak telah melaksanakan peranan seberapa pantas yang mampu,” kata beliau.

Dalam pada itu, Djokovic tidak menunjukkan kejadian di luar gelanggang tidak menjejas tumpuannya kerana beliau memelihara impian memenangi kejuaraan Wimbledon kelapan dan kejuaraan Grand Slam ke-24 untuk menandingi rekod yang dicatat oleh Margaret Court.

Dalam pusingan selanjutnya, beliau boleh berdepan dengan Stan Wawrinka, yang di Terbuka Perancis pada lapan tahun lalu menewaskannya.

Namun beliau perlu menanti lebih lama untuk mendapat tahu lawannya kerana perlawanan Wawrinka dengan Tomas Etcheveryy telah ditunda pada Rabu.

Swiatek, 22 tahun, pula sedang memburu kejuaraan Wimbledon pertama berbekal pengalaman memenangi empat kejuaraan Grand Slam sebelum ini.

Beliau kelihatan amat berkeyakinan diri selepas melangkah ke pusingan ketiga.

“Saya yakin dan gembira kerana dapat menunjukkan apa yang saya lalui dalam latihan pada hari pertandingan,” ujar beliau. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >