Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dua acara MMA dianjur bulan depan dengan langkah selamat

Nov 25, 2020 | 05:30 AM



PENGANJUR acara seni pertahanan diri campuran (MMA), One Championship, mengumumkan ia akan mengadakan dua acara di Stadium Tertutup Singapura bulan depan.



Acara Big Bang akan diadakan pada 4 Disember manakala Collison Course pula pada 18 Disember. Kededuanya akan melibatkan 250 penonton berbayar.



Pengumuman itu dibuat menyusuli kejayaan acara Inside The Matrix pada 30 Oktober lalu, yang merupakan acara sukan pertama melibatkan penonton sejak pandemik koronavirus.



Tiket bagi acara tersebut berharga $148 dan ia dihadiri 240 penonton.



Acara-acara tersebut adalah sebahagian daripada projek perintis pemerintah untuk mengenalpasti model yang dapat dicontohi secara meluas bagi acara sukan fizikal melibatkan penonton secara selamat.



Bagi acara Inside the Matrix, penonton diperlukan untuk menjalani ujian pantas antigen (ART) di salah satu daripada 10 klinik yang diluluskan pada hari yang sama dan menyerahkan sijil negatif ART sah sebelum dibenarkan memasuki tempat di mana acara tersebut dianjurkan.



ART dapat memberikan keputusan ujian dalam masa setengah jam berbanding ujian polymerase chain reaction yang mengambil masa beberapa jam. Kededua prosedur itu menggunakan kaedah yang sama.



Dalam kenyataannya, One Championship, berkata model yang sama akan dikenakan bagi dua acara akan datang itu, yang menawarkan tiket dengan harga $188 dan boleh didapatkan di ticketmaster.sg.



Lima lagi perlawanan telah dijadualkan termasuk perlawanan bagi kejuaraan flyweight MMA antara Kairat Akhmetov dari Kazakhstan dan Danny Kingad dari Filipina.



Acara Collision Course juga menampilkan enam lagi perlawanan, termasuk perlawanan utama yang akan melihat gelaran juara dipertaruhkan.



Petinju dari Thailand, Nong-O Gaiyanghadao, akan mempertahankan kejuaraan dunia One bantamweight muay thai menentang petinju senegaranya, Rodlek PK.Saenchai.



Petinju Singapura, Amir Khan, juga kembali dalam perlawanan kategori lightweight menentang petinju Korea Selatan, Park Dae Sung, manakala satu lagi perlawanan lightweight menampilkan bekas juara, petinju Russia, Marat Gafurov menentang petinju Amerika, Lowen Tynanes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >