KINGSTON (Jamaica): Juara lompat pagar 400 meter di Sukan Komanwel Kaliese Spences dan pemegang pingat kejohanan dunia Riker Hylton telah dituduh melanggar peraturan antipenyalahgunaan dadah, kata pegawai atletik Jamaica kelmarin.
"Kami telah diberitahu oleh Suruhanhaya Antipenyalahgunaan Dadah Jamaica (Jadco) bahawa atlit Kaliese Spencer dan Riker Hylton telah dirujuk kepada Panel Pendisiplinan Antipenyalahgunaan Dadah Bebas bagi perbicaraan yang akan dilaksanakan selaras dengan Artikel 8 Undang-Undang Antipenyalahgunaan Dadah Jadco 2015," kata Persatuan Pentadbbiran Atletik Jamaica (JAAA), menerusi satu kenyataan.