Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dua gol minit terakhir bantu Chelsea benam United

Apr 05, 2024 | 11:53 AM



LONDON: Tidak ada pasukan yang menang perlawanan Liga Perdana England (EPL) selewat ini; dan tidak ada pasukan yang mendahului perlawanan pada tahap selewat ini tetapi akhirnya kecundang.


Ini yang berlaku dalam pertembungan antara Chelsea dan Manchester United.

Chelsea menewaskan United 4-3 dalam satu perlawanan penuh aksi, dengan Cole Palmer menjaringkan dua gol lewat pada masa tambahan untuk membantu Chelsea meraih kemenangan tersebut.

Conor Gallagher dan Palmer meletakkan Chelsea 2-0 di hadapan pada 20 minit pertama, tetapi United kelihatan seperti berjaya bangkit semula untuk mendahului perlawanan itu pada separuh masa kedua.

Jaringan Alejandro Garnacho dan Bruno Fernandez bantu United menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama dan Garnacho mendapatkan gol keduanya pada minit ke-67 untuk meletakkan United di hadapan.

Lapan minit masa tambahan diberikan, dan United kelihatan seperti berupaya bertahan dengan mudah.

Chelsea pula kelihatan akan mengalami satu lagi kekalahan dalam musim yang amat mengecewakan.

Namun, lewat masa tambahan, Chelsea mendapat peluang keemasan menyamakan kedudukan apabila Noni Madueke dikasari Diogo Dalot dalam kotak penalti United.

Selepas semakan video penolong pengadil (VAR), sepakan penalti tersebut diberikan dan Palmer menjaringkannya.

Namun, itu bukan aksi terakhir Palmer dalam perlawanan itu.

Daripada tendangan sudut Chelsea, Palmer diberi ruang menjaringkan gol dari luar kotak penalti United.

Percubaannya terkena Scott Mctominay untuk melepasi Andre Onana, dan Palmer berjaya menjaringkan gol untuk membantu Chelsea dalam kemenangan bersejarah itu.

“Kami berkata kepada pemain bahawa kita masih mempunyai dua minit dan kami percaya bahawa kami boleh mendapatkan gol kemenangan tersebut,” kata pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, selepas perlawanan tersebut.

“Ia merupakan satu perlawanan yang kami perlu menang untuk merapatkan jurang daripada pasukan di hadapan kami,” tambah beliau.

Jaringan hatrick Palmer tiba selepas 100 minit dan 39 saat, menjadikannya gol kemenangan terlewat dalam sejarah EPL.

“Cole Palmer merupakan satu-satunya perkara baik dalam pasukan Chelsea ini,” kata pakar bola sepak Perancis, Julien Laurens.

“Saya tidak boleh percaya bahawa mereka tiba dalam perlawanan seperti ini tanpa struktur – seperti ia satu perlawanan bola keranjang,” tambah beliau.

Bekas penyerang EPL, Glenn Murray berkata Chelsea boleh membina pasukan mereka berdasarkan kebolehan Cole Palmer.

Bagi United pula, keadaan kelihatan akan menjadi lebih rumit kerana mereka akan menentang Liverpool, pada 7 April.

“Dalam tempoh lima hari, kami keciciran lima mata. Ini tidak boleh diterima. Kami perlu mempunyai standard yang tinggi jika kami ingin bersaing dalam bola sepak Liga Juara-Juara,” kata ten Hag selepas perlawanan tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >