Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Persaingan Liverpool, City, Arsenal untuk jadi juara semakin sengit

Apr 04, 2024 | 02:47 PM



ENGLAND: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, bercadang menyaksikan perlawanan Liverpool menentang Sheffield United di televisyen – selepas pengurus Liverpool mengatakan beliau tidak sedar bahawa Arsenal dan Manchester City kededuanya juga terlibat dalam perlawanan mereka sendiri pada pertengahan minggu ini.


Arsenal berjaya mengatasi Luton 2-0 untuk melepasi Liverpool ke tempat teratas Liga Perdana England (EPL), manakala City, yang menduduki tempat ketiga EPL, menewaskan Aston Villa 4-1.

Ini bermakna pasukan ketiga teratas EPL hanya berbeza satu mata, walaupun Liverpool mempunyai kelebihan satu perlawanan dan akan kembali ke puncak EPL jika berjaya menundukkan Sheffield United pada 5 April.

“Saya tidak sedar bahawa mereka (Arsenal dan City) bermain malam ini (4 April). Saya memang jangkakan mereka akan sentiasa menang, jadi ia bukan kerana sebab itu,” kata Klopp kepada media.

“Kami perlu peroleh sebanyak mata yang kami boleh dapatkan, kami perlu memenangi perlawanan kami. Secara terus terang, saya tidak begitu minat (dengan apa yang dilakukan City dan Arsenal),” tambah beliau.

Namun, Arteta akan menyaksikan perlawanan Liverpool untuk melihat bagaimana Liverpool akan bermain menentang pasukan tercorot EPL.

“Saya tahu bahawa mereka akan bermain esok (5 April) menentang Sheffield United di stadium mereka sendiri dan saya akan menyaksikannya kerana saya suka lihat apabila pasukan hebat bermain dan itulah yang akan saya lakukan,” kata pengurus Arsenal selepas kemenangan pasukan beliau ke atas Luton.

Apabila ditanya betapa penting Arsenal menduduki tempat teratas EPL walaupun hanya untuk 24 jam, Arteta berkata: “Ia bermakna kami sudah sampai tahap itu. Kami hampir dapat memenangi EPL.”

“Kami sedang bermain dengan konsisten untuk menduduki tempat teratas EPL sekarang. Buat masa ini, itu sahaja. Kini kami akan tidur, makan dan buat persiapan yang hebat. Kini kami harus tumpukan perhatian kepada Brighton,” tambah beliau.

Walaupun Arsenal menduduki tempat teratas sekarang, mereka tetap menjadi pilihan ketiga untuk memenangi trofi EPL.

Selepas keputusan seri Arsenal dan City pada 31 Mac, pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkata bahawa “sesiapa yang menduduki tempat pertama selalu akan dianggap sebagai calon utama memenangi pertandingan ini”.

Namun, Opta, satu syarikat pengajian sukan, tidak bersetuju dengan pandangan Klopp, dengan 10,000 simulasi ‘super’ komputer mereka meramalkan Liverpool (yang menduduki tempat kedua EPL) masih tetap pasukan yang dijangka memenangi EPL dengan kadar 41.9 peratus.

Arsenal, yang mempunyai baki lapan perlawanan menentang City, hanya mempunyai peluang 23.2 peratus untuk memenangi EPL musim ini.

Ini bukan perkara yang baru bagi Arsenal.

Pada April 2023, Arsenal hanya berjaya mendapatkan tiga mata dalam tiga perlawanan yang menyebabkan mereka ditinggalkan City yang memenangi EPL pada musim itu.

Jika mata ketiga-tiga pasukan sama rata, pemenang EPL akan ditentukan berdasarkan perbezaan gol, jumlah jaringan, pasukan yang berjaya memperoleh mata terbanyak apabila mereka menentang satu sama lain dan jumlah jaringan bukan di stadium sendiri. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >