Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dua kejohanan silat dunia di S’pura dibatalkan

Dec 07, 2023 | 08:24 PM



Kejohanan Pencak Silat Dunia (WPSC) Ke-20 dan Kejohanan Pencak Silat Junior Dunia Ke-5 yang dijadualkan berlangsung di Singapura dari 27 hingga 31 Disember telah dibatalkan. 

Pembatalan itu diumumkan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) dalam satu kenyataan pada 29 November.

Difahamkan bahawa badan dunia itu memutuskan untuk membatalkan acara itu tahun ini, dan tidak akan mencari negara tuan rumah pengganti kerana tempoh masa yang singkat.

Pembatalan acara itu dilakukan ekoran siasatan Jabatan Ehwal Komersial (CAD) ke atas ketua eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau’ddin Yacoob Marican, atas dakwaan pecah amanah.







Namun dalam satu kenyataan berasingan, Persisi berkata Sheik Alau’ddin sedang membantu CAD dalam siasatan, berikutan laporan polis yang difailkan oleh badan silat itu pada Februari 2023 berhubung penyelewengan kewangan dalam organisasi.

WPSC dan Kejohanan Pencak Silat Junior Dunia sepatutnya diadakan di Arena OCBC, dan draf cagaran pemasaran telah pun disediakan untuk acara itu, termasuk pengambilan agensi perhubungan awam untuk menyokong acara itu.

Bagaimanapun, Persisi memaklumkan Berita Harian pada 23 November bahawa hari media yang dirancangkan Sheik Alau’ddin di Hotel Peninsula Excelsior Singapura pada 24 November terpaksa dijadualkan semula.


Berita mengenai penahanan Sheik Alau’ddin kemudiannya didedahkan kepada umum. Bekas juara dunia itu kini diikat jamin sedang siasatan dijalankan.

Persisi juga telah menghantar pemberitahuan kepada semua persekutuan silat mengenai pembatalan kedua-dua acara tersebut.

“Malangnya, disebabkan keadaan yang tidak dijangka, Persekutuan Silat Singapura tidak dapat meneruskan kejohanan pada tarikh yang dirancang,” kata kenyataan tersebut.

Kedua-dua pertandingan silat tersebut digantung namun tarikh alternatif tidak diberikan, tambah Persisi.

Silat Australia turut melampirkan kenyataan Persisi itu dalam catatan di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >