Balestier Khalsa FC berjaya mencapai kedudukan keempat dalam musim Liga Perdana Singapura (SPL) 2024/25, dengan jumlah jaringan tinggi yang mencecah 84 gol.
Dengan pemergian penjaring gol utama musim 2024/25 – seperti Kodai Tanaka – ketua jurulatih Marko Kraljevic dan jawatankuasanya membawa masuk pelbagai penyerang baru dan mengharapkan pemain berpengalaman sedia ada untuk mengekalkan kekuatan serangan mereka.
Berikut ialah dua pemain Harimau Balestier Khalsa FC yang perlu diberi perhatian.
Bogdan Mandic, penyerang (26 tahun)
Ketinggian (1.87m). Kepantasan. Kekuatan.
Inilah ciri-ciri Bogdan Mandic yang menawarkan kehadiran fizikal dan ancaman di depan gawang pasukan lawan.
Penyerang asal Serbia itu juga gemar membantu pasukannya dengan hantaran dari tepi kotak penalti.
Setelah menunjukkan keinginan menyertai SPL hampir dua tahun lalu, beliau kini teruja membuka tirai SPL dengan meraikan gol pertamanya bersama penyokong Balestier Khalsa FC pada 23 Ogos di Stadium Jurong East.
Masahiro Sugita, pemain tengah (25 tahun)
Dianggap oleh rakan-rakan sepasukannya sebagai pemain tengah yang lengkap, Masahiro Sugita mempunyai visi dan kemampuan membuat hantaran luar biasa yang menembusi barisan pasukan lawan.
Kekuatan, kerajinan dan gerakan cerdiknya di celah barisan pertahanan bakal porak-perandakan pasukan lawan untuk musim ketiganya di Balestier Khalsa FC.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg