Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dua pemain pinjaman Thai perkuat skuad Tampines Rovers

Jan 24, 2024 | 11:15 AM



Ketika membesar, Thitipat Ekarunpong mendengar kisah mengenai bagaimana pemain bola sepak terkenal Thailand Sutee Suksomkit menawan hati peminat semasa beraksi untuk negaranya dan juga beberapa kelab, termasuk Tampines Rovers dari Singapura.

Kini, Thitipat, 19 tahun, berpeluang mengikut jejak langkah penyerang terkenal Thai itu setelah beliau dan rakan senegara Thanet Suknate, 18 tahun, mengikat perjanjian pinjaman dengan pasukan Stags daripada pasukan gergasi Thai, BG Pathum United, pada 23 Januari untuk menghadapi musim 2024 Liga Perdana Singapura (SPL).

Langkah tersebut menyusuli perjanjian selama tiga tahun antara Tampines Rovers dengan kelab Liga 1 Thai itu pada September 2023.

Thitipat, penyerang yang berasal dari Nonthaburi, menerusi penterjemah, berkata: “Saya telah dengar tentang Sutee daripada orang ramai dan membaca mengenainya dalam berita. Dan disebabkan dia bermain di sini, saya tahu tentang Tampines Rovers.

“Saya ingin menjadi pemain kesebelasan utama dalam pasukan dan kerap menjaringkan gol untuk Tampines.

“Saya akan memberikan yang terbaik untuk kelab dalam latihan dan apabila saya bermain. Semoga semasa saya di sini, saya akan menjadi pemain lebih baik dan juga membantu kelab.”

Antara 2001 dengan 2009, Sutee bermain dalam Liga-S (yang kini dikenali sebagai SPL) untuk Tanjong Pagar United, Home United dan Tampines, dan telah membuat lebih 200 penampilan untuk kelab ini.

Beliau dan pemain Thai lain yang digemari ramai seperti Surachai Jaturapattarapong, Kiatisuk Senamuang dan Therdsak Chaiman menjadi nama tetap di Singapura sebelum kejatuhan liga itu dan kebangkitan liga domestik Thai.

Thitipat dan Thanet akan menjadi pemain Thai pertama dalam SPL sejak 2013, apabila Theerawekin Seehawong menyarung jersi Woodlands Wellington.

Mereka akan mengisi kuota pemain Bawah-21 Tahun (U-21) untuk musim baru, yang dijangka bermula pada Mei.

Menurut laporan The Straits Times pada Disember 2023, SPL dijangka membenarkan kelab mengambil sehingga sembilan pemain asing (lima daripada mana-mana kewarganegaraan, seorang dari Asia dan tiga U-21), dengan maksimum enam pemain diturunkan pada setiap masa.


Thanet, yang boleh bermain di tengah pertahanan dan midfield, menyasar untuk memukau penyokong Singapura dan di tanah air di Ayutthaya ketika beliau dan Thitipat mengejar impian mereka untuk bermain di Eropah.

Thanet berkata: “Saya sangat gembira untuk berada di Singapura untuk meraih pengalaman baru dan saya tidak sabar beraksi untuk Tampines.

“Saya mahu bermain dalam setiap perlawanan dan memaparkan prestasi terbaik saya.”

Walaupun kededua pemain mendambakan masa permainan berharga di Singapura, ini bukan kali pertama mereka disertakan dalam skuad senior.

Pada 2023, Thanet telah membuat beberapa penampilan ketika dipinjamkan ke kelab Liga 2 Thai, Suphanburi, dan Thitipat pernah diturunkan sekali dalam kempen BG Pathum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >