Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Dua wajah baru dalam skuad negara ke Vietnam

Penjaga gawang Hougang United, Mukundan Maran, pemain midfield Geylang International, Joshua Perreira dapat tempat dalam skuad Nishigaya
Sep 14, 2022 | 05:30 AM



DUA nama baru telah disertakan dalam skuad bola sepak nasional bagi dua perlawanan persahabatan minggu depan, antara persiapan menjelang Piala AFF Mitsubishi Electric pada akhir tahun ini.



Penjaga gawang Hougang United, Mukundan Maran dan pemain midfield Geylang International, Joshua Pereira telah dipilih oleh jurulatih nasional, Takayuki Nishigaya bagi skuad yang akan berangkat ke Vietnam pada Isnin nanti untuk menentang Vietnam dan India, masing-masing pada 21 September dan 24 September.



Mereka bakal disertai Ho Wai Loon (Balestier Khalsa) dan Hazzuwan Halim (Geylang International) yang kembali diundang ke skuad nasional. Ho kali terakhir menyarung jersi negara pada Oktober 2018, sementara Hazzuwan mewakili negara buat kali terakhir pada Jun tahun lalu.



Dua adik beradik anak Fandi Ahmad, Irfan dan Ikhsan yang berpangkalan di Thailand dengan kelab BG Pathum turut disertakan.



Begitu juga adik mereka, Ilhan Fandi yang kini menyarung jersi Albirex Niigata.



Seorang lagi pemain nasional yang berpangkalan di luar negara, Ryhan Stewart yang beraksi dengan Chiangmai FC juga telah diundang ke skuad nasional



Dua bakat muda, Ryaan Sanizal (Tampines Rovers) dan Glenn Kweh (Young Liongs) juga mendapat tempat masing-masing dalam skuad Nishigaya.



Sebaliknya, tiada tempat dalam skuad Nishigaya bagi tiga pemain Lion City Sailors Saifullah Akbar Nur Adam Abdullah dan Gabriel Quak.



Pemain veteran dan kapten Tampines Rovers, Yasir Hanapi juga digugurkan.



Nishigaya, 49 tahun, berkata beliau memilih pemain berdasarkan prestasi mereka di Liga Perdana Singapura (SPL).



"Saya telah menonton setiap perlawanan SPL untuk memerhatikan persembahan pemain dan memilih pemain yang benar-benar layak diundang ke skuad nasional.



"Kini saya ingin menyaksikan sendiri sumbangan yang boleh diberikan pemain-pemain yang diundang ini kepada pasukan," kata beliau.



Selepas mencatatkan satu kemenangan dan tiga kekalahan di kelayakan Piala Asia Jun lalu, jurulatih dari Jepun itu percaya perlawanan menentang Vietnam dan India ini akan membantu skuadnya mencapai objektif dan bermain menuruti cara yang beliau arahkan.



"Saya tahu bagaimana saya ingin pasukan saya bermain, dengan tekanan tinggi dan secara agresif seperti mana yang dilihat di Piala Asia.



"Tetapi kami juga perlu pelajari bagaimana untuk mengawal perlawanan dan saya tahu pasukan Singa ada ruang untuk berkembang dari sudut itu," kata beliau kepada media semasa di temui di Stadium Jalan Besar semalam.



Ditanya mengapa beliau memilih dua pemain muda - Mukundan dan Pereira yang tidak pernah menyarung jersi negara untuk dibawa ke Vietnam, Nishigaya berkata kededua pemain itu boleh meraih manfaat dengan menerusi penglibatan dalam skuad negara.



"Mukundan adalah penjaga gawang yang telah dikenal pasti mempunyai bakat dan potensi. Keadaan jasmani beliau baik dan saya rasa kemajuannya boleh dibantu dengan pendedahan di peringkat yang lebih tinggi. Ini juga sama dengan Joshua yang telah menunjukkan prestasi baik bersama Geylang pada musim ini," kata Nishigaya, menambah.



Mengulas mengenai dua perlawanan persahabatan dengan Vietnam dan India pada minggu depan, Nishigaya berkata ia adalah peluang baik untuk menguji keupayaan dalam perlawanan dengan dua pasukan yang berada di atas Singapura di ranking dunia.



Vietnam berada di tangga ke-97 dalam ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), sementara India berada di tangga ke-104.



Singapura menduduki tangga ke-159.



"Kami hanya boleh perbaiki permainan kami apabila menentang pasukan-pasukan yang lebih baik dari kami," kata Nishigaya, yang bercakap dengan media menerusi seorang pengalih bahasa.



Singapura kali terakhir menentang Vietnam pada Jun 2016 dalam kejohanan persahabatan Piala Bank AYA. Perlawanan itu berakhir 0-0 di akhir 90 minit perlawanan.



Ia pula pernah menewaskan India 2-0 dalam perlawanan persahabatan pada Oktober 2012, apabila Khairul Amri dan Fazrul Nawaz masing-masing menjaringkan satu gol.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >