COPA AMERIKA
Dunga diminta temui badan bola sepak tertinggi Brazil
Jun 15, 2016 | 05:30 AM
RIO DE JANEIRO: Jurulatih Brazil, Dunga, dilaporkan telah dipanggil menghadiri satu mesyuarat dengan pegawai bola sepak tertinggi negara itu semalam, di tengah-tengah seruan yang kian meningkat agar beliau dipecat.
Brazil tersingkir daripada kejohanan Copa Amerika selepas tewas 1-0 kepada Peru di Foxborough pada Ahad lalu, sekalipun ulang tayang berkali-kali menunjukkan Raul Ruidiaz telah menggunakan tangan kanannya menolak bola ke gawang Brazil bagi gol kemenangan mereka.