Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Emma Raducanu tukar jurulatih lagi... kali kelima

Jun 11, 2023 | 05:30 AM



BRITAIN: Emma Raducanu telah mengumumkan perpisahannya dengan jurulatih sepenuh masa kelimanya, Sebastian Sachs, yang telah bekerjasama dengannya sepanjang dua tahun lalu.


Raducanu yang memenangi kejuaraan Terbuka Amerika 2021, ‘berehat’ demi masa depannya sedang beliau pulih daripada tiga pembedahan yang dilalui pada kededua pergelangan tangan selain buku lalinya.


Ini menyebabkan beliau tidak dapat menyertai Terbuka Perancis dan kejuaraan Wimbledon.

Raducanu mengumumkan perpisahannya itu menerusi catatan Twitternya.

“Saya benar-benar menghargai kebolehan Seb (Sebastian) sebagai jurulatih dan bekerjasama dengannya, namun malangnya keadaan sekarang tidak memudahkan kami meneruskannya dan kami telah ambil keputusan untuk berpisah.

“Saya ucapkan yang terbaik buat Seb sedang kita melangkah ke hadapan,” tambah Raducanu.

Sumber-sumber memberitahu pihak media bahawa tiada perbincangan yang telah berlangsung akan bakal pengganti jurulatih Raducanu dan beliau kini sedang menumpukan kepada proses pemulihannya, selain menambah bahawa perpisahan tersebut merupakan persetujuan bersama kededua pihak dan mereka masih berbaik.

Sebastian mula bekerjasama dengan Raducanu pada Disember 2022, sedang beliau menjadi jurulatih kelima pemain muda itu sejak beliau berjaya melangkah ke Wimbledon pada 2021.

Raducanu melangkah ke pusingan keempat Wimbledon di bawah pimpinan Nigel Sears pada 2021 dan kemudian bergabung dengan Andrew Richardson sedang beliau mencatat sejarah dengan memenangi kejuaraan Terbuka Amerika pada 2021.

Kededua mereka kemudian mengumumkan perpisahan tidak lama kemudian dan beliau kemudian mendapatkan pula khidmat Torben Beltz pada November 2021. Malangnya kerjasama itu hanya berlangsung selama lima bulan sebelum mereka berpisah juga.

Raducanu kemudian mengumumkan satu “model latihan baru” dengan sokongan Persatuan Tenis Wanita sebelum bergabung tenaga dengan Dmitry Tursunov menjelang Terbuka Amerika 2022.

Namun kerjasama itu juga berakhir pada Oktober 2022 dan kerjasama dengan Sebastian kemudian diumumkan pada Disember 2022.

Dalam satu laporan, jurulatih keempat Raducanu, Dmitry Tursunov, berkata beliau pernah menasihatkan pemain muda itu, dan pasukannya bahawa pemain itu perlu mendengar hanya “satu suara”.

“Saya fikir akan timbul masalah pada masa akan datang,” kata Tursunov.

Di bawah kepimpinan jurulatih asal Russia itu, Raducanu memenangi 15 perlawanan sebelum mereka berpisah 15 bulan kemudian.

“Beliau masih belum matang dan memerlukan sekitar dua tahun setengah sebelum membuahkan hasil.

“Seperti saya katakan kepadanya dan seluruh pasukannya bahawa saya fikir beliau perlu mendengar hanya satu suara,” tambah Tursunov. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >