Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mayar betulkan kesangsian ramai terhadap pemain tenis wanita Mesir

Jun 03, 2023 | 05:30 AM



PARIS: Mayar Sherif berkata ramai orang memberitahunya adalah “mustahil untuk saya menjadi pemain tenis yang baik dari Mesir”.


Pemain di ranking ke-55 dunia itu, yang baru-baru ini melangkah ke suku akhir Terbuka Madrid, juga mendedahkan bahawa “kegilaannya” pada tenis – sukan yang diminati keluarganya – mendorongnya membuktikan kepada mereka yang sangsi terhadapnya bahawa mereka silap.

“Saya menggunakan tenaga negatif itu untuk memberi motivasi kepada diri sendiri,” katanya kepada BBC Sport.


“Saya akan membuktikan yang anda silap, saya akan tunjukkan yang saya mampu melakukannya.”

Pemain berusia 27 tahun itu, yang dilahirkan di Kahirah, menempah sejarah pada 2020 apabila menjadi wanita Mesir pertama melangkah ke pusingan pertama Grand Slam, memenangi perlawanan pertamanya di Terbuka Perancis sebelum tewas kepada pemain ranking kedua Karolina Pliskova dari Republik Czech.

Pencapaiannya turut mendapat perhatian penyerang bola sepak Liverpool Mohamed Salah, yang memujinya dalam satu catatan Twitter.


Tiga tahun kemudian, Mayar bersiap sedia untuk satu lagi perlawanan pusingan pertama di Roland Garros, kali ini menentang pemain Amerika Syarikat Madison Brengle.

“Saya amat gemar Terbuka Perancis sejak saya muda,” katanya.

“Pertandingan itu adalah yang pertama menarik perhatian saya.”

Persembahan Mayar meningkat perlahan tetapi secara mantap.

Pada 2021, beliau menjadi wanita Mesir pertama menang di Grand Slam, menewaskan pemain Perancis Chloe Paquet di Terbuka Australia, dan menempah nama dalam ranking 100 terbaik dunia buat kali pertama.

Setahun kemudian beliau menang perlawanan pertamanya di Terbuka Perancis, sebelum menewaskan pemain Greece Maria Sakkari untuk memenangi Pertandingan Persatuan Tenis Wanita (WTA Tour)  di Terbuka Emilia-Romagna di Italy.

Ia pencapaian hebat bagi seseorang yang membesar di Afrika.

“Kami tidak mempunyai banyak harta semasa membesar. Kami tidak mempunyai cukup wang, kami tidak mempunyai sokongan kewangan.”

Yang beliau ada hanya sokongan dan komitmen keluarganya yang gemar tenis.

“Orang tua saya gemar tenis. Mereka menonton tenis bersama kami semasa kami kecil.

“Kakak saya mula bermain tenis semasa usianya lima tahun – dan daripada situlah semuanya bermula, termasuk dengan saya juga.

“Tapi benar, ibu bapa saya amat gilakan tenis,” ujarnya.

Kakaknya Rana Sherif Ahmad kini pemain tenis profesional juga, maka tidak hairanlah minat turun kepada si adik, yang mula berlatih di Sepanyol semasa usianya 15 tahun.

“Amat sukar pada waktu itu, apatah lagi saya masih kecil. Saya tidak tahu banyak perkara,” ujar Mayar.

“Saya amat gilakan peluang menjadi pemain tenis profesional.

“Itu buat saya cepat matang berbanding mereka yang sebaya saya. Ia membentuk cara saya berlatih, cara saya bekerja dan cara saya ingin berada di gelanggang,” tambahnya.

Menurut Mayar, masih ada perkara yang dipelajarinya semasa berlatih di Sepanyol yang dipegangnya hingga ke hari ini.

Dek latihan yang dijalaninya di Eropah, Mayar hanya dapat berjumpa keluarganya sekali-sekala.

“Ia satu pengorbanan besar tapi kerana terlalu gilakan sukan ini, saya tetap memilihnya. Sebagai pemain anda ingin terus memperbaiki permainan anda dan menang lebih banyak perlawanan.

“Ia adalah satu peluang untuk mendapatkan latihan yang baik, untuk bekerjasama dengan para profesional, kerana sukar untuk mendapatkannya di Mesir.

“Sebabnya ialah kami tidak mempunyai sistem. Kami tidak mempunyai jurulatih yang bagus, pakar kecergasan yang baik, atau pakar fisioterapis yang baik.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >