KEGAGALAN England melayakkan diri ke pusingan kedua Piala Dunia mungkin mengejutkan, namun berdasarkan rekod mengecewakan pasukan itu dalam pertandingan utama akhir-akhir ini, mungkin 'takdir' Three Lions sudah pun tertulis lama sebelum wisel pertama di Brazil ditiupkan.
Namun, seseorang itu hanya perlu melihat kepada kedudukan Kumpulan D untuk menyedari bahawa England sebenarnya mempunyai peluang keemasan mara daripada pusingan pertama dan berbekalkan keyakinan melayakkan diri, siapalah tahu sejauh mana pasukan pimpinan Roy Hodgson itu mampu pergi.