Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020 - ENGLAND LAWAN CROATIA

England, Croatia mahukan permulaan 'sempurna'

Jun 13, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Memori Piala Dunia 2018 pasti 'dihidupkan' semula apabila England berentap dengan Croatia dalam perlawanan pembukaan pertandingan Euro 2020 di Wembley malam ini (9 malam waktu Singapura).



Gol kemenangan jaringan Mario Manzukic pada masa tambahan membantu Croatia mengalahkan England di Moscow, dan merintis jalan bagi kemaraan pasukan itu ke perlawanan akhir temasya bola sepak terbesar dunia itu tiga tahun lalu.



Meskipun mereka gagal memenangi perlawanan tersebut, pasukan bimbingan Zlatko Dalic itu naik ke tangga keempat dalam ranking bola sepak dunia, dan ditabalkan sebagai pasukan yang wajar dihormati sebagai antara gergasi bola sepak global.



Namun, malam ini, bekas pemain England dan Manchester City, Micah Richards, berpendapat pasukan Three Lions itu memiliki kualiti yang lebih baik daripada Croatia; dan di padang sendiri anak didik Gareth Southgate memiliki kelebihan untuk memungut tiga mata.



"Saya rasa Croatia hari ini berbeza berbanding Croatia tiga tahun lalu. Malah perbezaannya agak luas," kata Richards.



"Ramai pemain daripada pasukan Piala Dunia itu masih lagi bermain hari ini, bukan itu sahaja mereka masih merupakan anggota pasukan penting. Barisan pelapis bagi tunggal pasukan seperti Manzukic, (Ivan) Perisic dan (Luca) Modric belum nampak keluar daripada skuad Croatia ini," ujarnya.



Richards akur dengan rekod lima menang, dua seri dan satu kalah - yang melihat Croatia menjuarai kumpulan kelayakan Euro 2020 ini - pasukan itu mempunyai kekuatan tertentu dan pengalaman para pemain mereka tidak boleh dipandang ringan.



Bagaimanapun, lawan mereka malam ini mempunyai skuad yang dipenuhi pemain muda dan berbakat, malah sepanjang dua, tiga musim lalu telah membuktikan keupayaan mereka di peringkat tertinggi, kata Richards.



Bersetuju, bekas kapten Manchester United dan Ireland, Roy Keane, berkata di atas kertas dan berdasarkan persembahan mereka sejauh ini, England "seharusnya tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Croatia".



"Malangnya bola sepak tidak dimainkan di atas kertas," tegas Keane, yang bertugas sebagai pengamat bola sepak bagi pertandingan yang dianjurkan di 11 kota Eropah termasuk London.



Menurut Keane, pemain muda seperti Phil Foden, Jack Grealish, Jadon Sancho dan Marcus Rashford telah mempunyai pengalaman beberapa tahun bermain di peringkat tertinggi di kelab masing-masing, selain menikmati kejayaan bersama pasukan England.



Justeru, gandingan mereka dengan pemain-pemain senior seperti Harry Kane dan Raheem Sterling menjadikan England antara pasukan pilihan bagi pertandingan tersebut.



"Pasukan England dalam pertandingan- pertandingan utama sebelum ini sering mengecewakan. Mungkin kerana isu tekanan, atau jangkaan yang tidak realistik atau kededuanya sekali... namun kali ini saya melihat semacam kematangan meskipun mereka mempunyai ramai pemain muda.



"Saya benar-benar berharap pasukan England ini dapat mencapai potensi mereka. Dan perlawanan pertama menentang Croatia ini adalah amat penting untuk mereka mencapai potensi itu," kata Keane lagi.



Jurulatih England, Southgate, akur bahawa anak buahnya telah meningkatkan jangkaan ke atas diri mereka sendiri dengan persembahan dan keputusan yang baik yang dicapai sejauh ini.



England menjuarai Kumpulan A dengan memungut 27 mata dan menjaringkan 37 gol.



Mereka juga melabuhkan tirai perlawanan persiapan Euro 2020 ini dengan rekod cemerlang tidak pernah kalah.



"Boleh dikatakan kami mangsa 'kejayaan' kami sendiri... tapi para pemain menerima tekanan ini dengan baik, ada semacam ketenangan dalam pasukan. Suasana yang sungguh baik sekali. Kami tahu kekuatan kami, dan kami juga tahu kelemahan-kelemahan yang ada.



"Motivasi kami ialah untuk memungut mata penuh, dan memenangi setiap perlawanan, satu persatu. Itu matlamat kami," ujar beliau.



Keyakinan Southgate itu juga berdasarkan form para pemainnya dan juga hakikat bahawa hampir kesemua pemain utamanya bebas dari kecederaan.



Satu-satunya keprihatinan beliau ialah bintang pertahanan United, Harry Maguire, yang masih belum menyertai latihan penuh sejak mengalami kecederaan buku lali pada 9 Mei lalu.



Dalam pada itu, jurulatih Croatia juga menegaskan pasukan beliau turut tenang menjelang perlawanan malam ini yang disifatkannya sebagai "amat penting, tapi bukan kalah-mati".



Dalic berkata:



"Kalau diberi pilihan, kami tidak mahu bertemu pasukan tuan rumah dalam perlawanan pembukaan... tapi kami tiada pilihan.



"Kami tahu England adalah pasukan yang hebat dengan begitu ramai pemain yang berbakat. Tapi Croatia juga mempunyai pemain berpengalaman yang tahu apa yang diperlukan untuk memenangi perlawanan seperti ini.



"Selain pemain berpengalaman, kami mempunyai barisan pemain muda yang ghairah mahu menunjukkan kebolehan mereka kepada dunia."



Merumuskan, bekas jurulatih England, Glenn Hoddle, berkata beliau menjangkakan perlawanan yang menarik dengan kededua pasukan mempamerkan corak permainan serangan.



"Bagi England terutamanya, kami mempunyai begitu ramai pemain kreatif. Ia sudah menjadi DNA pasukan Southgate untuk menyerang, bermain dengan penuh imaginasi tanpa terlalu memikirkan kekuatan pasukan lawan.



"Saya tidak menjangkakan perlawanan yang tegang dengan kededua pasukan bermain secara defensif. Saya percaya England dan Croatia mahukan tiga mata penuh dalam perlawanan ini.



"Kededua pasukan mempunyai cukup pemain kreatif untuk mengatur strategi sedemikian... persoalannya siapa yang mempunyai kelebihan? Jawapannya bagi saya ialah England," ujar beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >