Topik diikuti
Pergi ke BHkuEngland terus gigit jari...
England terus gigit jari...
England terus gigit jari...
England terpaksa meneruskan penantian enam dekad mereka untuk menjulang trofi Piala Dunia apabila mereka ditewaskan 1-2 oleh Argentina.
Pasukan kendalian Thomas Tuchel memulakan permainan dengan baik dan mendahului perlawanan dengan jaringan Anthony Gordon.
Kapten pasukan, Harry Kane (gambar), kelihatan berkongsi tentang kekecewaan seluruh pasukan atas kegagalan untuk mendapatkan kawalan selepas mendapatkan gol mereka dan terpaksa menerima kekalahan mereka.
Argentina tidak cemas dan kekal mengasak benteng pertahanan England, dan tekanan mereka akhirnya membuahkan hasil pada lewat perlawanan.
Dalam tempoh tujuh minit, pasukan kendalian Lionel Scaloni menjaringkan dua gol untuk bangkit dan menewaskan England 2-1 untuk mengesahkan tempat mereka di final Piala Dunia.
Bintang Argentina, Lionel Messi, sekali lagi menyerlah apabila menghasilkan bantuan gol untuk kededua jaringan Argentina.
Pemain tengah Enzo Fernandez menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-85, dan penyerang mereka, Lautaro Martinez, menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan, pada minit ke-92.
Ramai yang mengkritik pendekatan Tuchel, yang disifatkan sebagai terlalu defensif selepas pasukan beliau berjaya mendahului perlawanan. - Foto AFP
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jul 16, 2026 | 5:03 PM
..
Laporan berkaitan
Taktik bertahan Tuchel makan diri, sekat impian England ke finalJul 16, 2026 | 3:55 PM
Siapa lagi kalau bukan Messi pimpin Argentina ke final kedua berturut-turutJul 16, 2026 | 4:53 PM
