Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL: Chelsea atasi Palace 2-1

Dec 28, 2023 | 12:08 PM
MENSIA-SIAKAN PELUANG: Noni Madueko menjaringkan gol daripada sepakan penalti yang memberi Chelsea kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace. Chelsea mempunyai banyak peluang menjaringkan gol tetapi tidak berjaya memanfaatkan ia dengan sepenuhnya.
MENSIA-SIAKAN PELUANG: Noni Madueko menjaringkan gol daripada sepakan penalti yang memberi Chelsea kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace. Chelsea mempunyai banyak peluang menjaringkan gol tetapi tidak berjaya memanfaatkan ia dengan sepenuhnya. - Foto REUTERS

LONDON: Noni Madueko menjaringkan penalti kemenangan pada minit ke-89 untuk membantu Chelsea mengatasi Crystal Palace 2-1 di Stamford Bridge dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL).

Chelsea mendahului pada minit ke-13 selepas Mykhailo Mudryk menjaringkan gol dari jarak dekat melalui hantaran Malo Gusto.

Namun Palace menyamakan kedudukan sebelum separuh masa pertama berakhir melalui jaringan Michael Olise hasil hantaran Jordan Ayew.

Chelsea menghasilkan banyak peluang sepanjang perlawanan itu tetapi pasukan Mauricio Pochettino itu nampaknya akan dihukum akibat tidak memanfaatkan peluang dalam dua perlawanan berturut-turut.

Nicolas Jackson berasa beliau berjaya menjaringkan gol pada minit ke-77 apabila beliau memanfaatkan hantaran Thiago Silva, tetapi video penolong pengadil (VAR) membatalkan gol tersebut kerana beliau disahkan ofsaid.

Namun Chelsea mendapat peluang memenangi perlawanan tersebut apabila VAR mendapati Madueke dikasari Eberechi Ezi dalam kotak penalti Palace.

Penyerang Chelsea dan bawah-21 tahun England itu menjaringkan penalti tersebut melepasi penjaga gawang lawan, Dean Henderson.

Chelsea memang layak menang walaupun tidak memanfaatkan banyak peluang menjaringkan gol.

“Kami menghasilkan banyak peluang,” ujar Pochettino kepada media.

“Saya sangat gembira dengan persembahan mereka,” tambahnya.

Pasukannya diberi peluang untuk mendahului lebih awal apabila percubaan Ian Maatsen melepasi Henderson tetapi dihalang oleh Tyrick Mitchell.

“Liga Perdana agak sukar dan kami perlu konsisten,” kata Pochettino.

Palace belum menang sejak 4 November dan pasukan bimbingan Roy Hodgson itu hanya tiga mata di atas Luton Town, yang berada di tangga ketiga dari bawah dalam Liga Perdana.

Mereka perlu memenangi semula perlawanan mereka dan dengan segera.

Palace tidak mempunyai sembarang kemenangan dalam lapan perlawanan EPL terakhir mereka – tempoh paling lama di bawah Hodgson sejak Jun dan Julai 2020. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg