Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea, Fulham mara ke peringat separuh akhir melalui sepakan penalti

Dec 20, 2023 | 12:21 PM



LONDON: Chelsea melayakkan diri mereka ke peringkat separuh akhir Piala Liga pada 19 Disember, menewaskan Newcastle United 4-2 melalui sepakan penalti penentu di Stamford Bridge selepas Mykhailo Mudryk menyamakan kedudukan buat Chelsea pada minit ke-92.


Newcastle kelihatan seperti telah berjaya bertahan untuk kemenangan 1-0 di London hingga Kieran Trippier gagal menghalang hantaran Malo Gusto kepada Mudryk untuk menjaringkan gol bagi menyamakan kedudukan dan membawa perlawanan itu ke sepakan penalti penentu.

Pemain pertahanan England, Trippier menjadikan malam itu lebih buruk untuk Newcastle apabila sepakan penalti beliau gagal menemui sasaran sebelum percubaan penalti Matt Ritchie diselamatkan oleh penjaga gawang Chelsea, Djordje Petrovic.

Ini merupakan hanya kali kedua Petrovic memulakan perlawanan untuk Chelsea.

“Tripper mempunyai perwatakan yang hebat,” pengurus Newcastle, Eddie Howe kepada wartawan.

“Beliau telah banyak menyumbang kepada kami, sekarang giliran kami pula untuk menyokong dan menjaganya dan itulah apa yang akan kami lakukan,” tambah beliau.

Chelsea ketinggalan pada minit ke-16 apabila Callum Wilson, mengambil kesempatan daripada kesilapan Benoit Badiashile untuk menjaringkan gol melepasi tangkapan Petrovic.

Chelsea mengawal permainan, tetapi sukar melepasi pertahanan Newcastle.

Chelsea, yang sedang menghadapi kesukaran dalam Liga Perdana England (EPL) buat dua musim berturut-turut, kelihatan seperti sudah ditakdirkan untuk terlepas peluang memenangi sebarang trofi sehingga jaringan lewat Mudryk.

Chelsea, di bawah bimbingan Mauricio Pochettino untuk musim pertama, mengharapkan untuk menjulang piala tempatan kerana pasukan itu sedang menduduki tempat ke-10 dalam Liga Perdana dan mungkin tidak melayakkan diri mereka untuk pertandingan Eropah.

Kekalahan Newcastle di bawah bimbingan Howe – tanpa trofi utama sejak 1950 merupakan kekecewaan besar yang kedua dalam tempoh seminggu selepas disingkirkan daripada Liga Juara-Juara pada 14 Disember.

Di Liverpool pula, Tosin Adarabioyo menjaringkan gol kemenangan untuk Fulham yang menewaskan Everton 7-6 melalui sepakan penalti penentu untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Liga buat kali pertama dalam sejarah mereka selepas perlawanan itu terikat 1-1.

Fulham mendahului sebelum separuh masa pertama berakhir apabila pemain pertahanan Everton, Michael Keane, menjaringkan gol sendiri, dan ia mengambil Everton hingga minit ke-82 untuk menyamakan kedudukan melalui Beto.

Kededua pasukan diberi peluang menjaringkan gol kemenangan dalam waktu perlawanan biasa, tetapi dengan kedudukan kededua pasukan yang sama selepas 90 minit, perlawanan itu dibawa ke sepakan penalti penentu.

Seri 6-6 selepas kededua penjaga gawang gagal menyelamatkan sepakan penalti, percubaan pemain Everton, Idrissa Gueye, terkena palang gol, dan pemain pertahanan Fulham, Adarabioyo berjaya menjaringkan penalti kemenangan Fulham.

Middlesbrough menundukkan Port Vale, pasukan liga peringkat ketiga England, untuk mara ke peringkat separuh akhir buat kali pertama sejak mereka memenangi piala itu pada 2004.

Pasukan bimbingan Michael Carrick, menewaskan Port Vale melalui jaringan daripada Jonathon Howson, Morgan Rogers dan Matt Crooks.

Liverpool akan menentang West Ham untuk perlawanan peringat suku akhir yang terakhir pada 20 Disember. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >