EPL: Everton tumpaskan Man City 4-0

LONDON: Harapan Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris menerima tamparan berat pada Ahad (15 Jan) apabila pemain Everton - Romelu Lukaku dan dua pemain remaja Tom Davies dan Ademola Lookman - menghancurkan pasukan pimpinan Pep Guardiola.

Pengurus asal Sepanyol itu mengalami kekalahan terbesar dalam liga bola sepak itu selepas menguasai permainan dan peluang tetapi pertahanan yang lemah membolehkan Lukaku yang berasal dari Belgium menyumbatkan gol ke-12 liga musim ini selepas 34 minit.

Kevin Mirallas menyumbat gol sejurus selepas waktu rehat dan kemudian Davies, 18 tahun, menyumbat pertama dengan cemerlang bagi kelab yang disertai sejak zaman kanak-kanaknya sedang City kelihatan semakin keliru.

Pemain gantian Lookman, 19 tahun, yang membuat penampilan pertama, melengkapkan kemenangan dengan sentuhan pertamanya pada masa kecederaan - ekoran kesilapan pemain Everton John Stones. Ini adalah kekalahan keempat City dalam lapan perlawanan terakhir liga.

Kali akhir kalah di tangan Liverpool di Merseyside pada malam Tahun Baru, City kini berada di tempat kelima, 10 mata di belakang Chelsea, pendahulu liga. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.