Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

EPL: Liverpool belasah Aston Villa 6-0

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

EPL: Liverpool belasah Aston Villa 6-0

Feb 15, 2016 | 08:03 AM

BIRMINGHAN: Liverpool mengganas dan membelasah Aston Villa, kelab paling corot dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), 6-0 di Villa Park pada Ahad (14 Feb).

Daniel Sturridge kembali beraksi selepas kecederaan panjang dengan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-16.

Villa kemudian layu, mengalami kekalahan paling teruk di padang sendiri sejak era EPL selepas 1992, sedang anak buah Jurgen Klopp mempamerkan persembahan licik untuk mencatat kemenangan pertama dalam enam perlawanan dalam semua pertandingan.

James Milner, Emre Can, Divock Origi, Nathaniel Clyne dan Kolo Toure menambah kepada gol Sturridge.

Bagaimanapun, kemenangan LIverpool dibantu oleh persembahan lemah Villa. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3