Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL luluskan perjanjian Ratcliffe beli 25% saham United

Feb 14, 2024 | 05:02 PM



MANCHESTER: Perjanjian jutawan British, Jim Ratcliffe, untuk membeli 25 peratus saham Manchester United telah diluluskan Liga Perdana England (EPL).


Namun, perjanjian yang bernilai £1.03 bilion ($1.7 bilion) itu masih belum diluluskan Persekutuan Bola Sepak (FA).

Pemilik United, keluarga Glazer, masih mengekalkan kawalan majoriti tetapi syarikat Ineos Group milik Ratcliffe akan mengambil kawalan operasi bola sepak.

Ini bermakna Ratcliffe mempunyai 25 peratus saham kelas A dan 25 peratus saham kelas B.

Kelulusan EPL memainkan peranan besar untuk menyelesaikan perjanjian itu.

“Liga Perdana kini sedang menantikan pengesahan bahawa urus niaga itu telah diselesaikan,” kata EPL dalam satu kenyataan.

Perjanjian itu merupakan perjanjian pertama yang dipersetujui di bawah pemilik dan pengarah terkini Liga Perdana, yang telah diluluskan oleh anggota pada Mac 2023 dan ini termasuk semakan oleh panel pengawasan bebas.

Perjanjian Ratcliffe dipersetujui pada 24 Disember 2023.

Perjanjian itu termasuk £236 juta untuk pelaburan masa depan berkaitkan stadium Old Trafford.

Mengambil alih kawalan sukan di kelab itu bermakna syarikat Ineos akan menguruskan operasi dan akademi bola sepak lelaki dan wanita.

Mereka juga akan mendapat kuasa undian di lembaga pengarah Kelab Bola Sepak Manchester United.

Ratcliffe telah melakukan beberapa kunjungan ke Old Trafford dan lokasi latihan kelab sementara beliau menunggu perjanjian itu mendapat kelulusan terakhir.

Pihak media memahami bahawa proses pembelian itu sedang berjalan lancar.

Keluarga Glazer membeli Manchester United pada harga £790 juta pada 2005.

Pada November 2022, keluarga Glazer menyatakan bahawa mereka sedang menimbangkan untuk menjual kelab tersebut untuk “meneroka strategi lain”. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >