Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

London ‘derby’ kini lebih hebat

Spurs tak seperti dulu kini mampu cabar Arsenal
Sep 24, 2023 | 05:30 AM



Awas Arsenal!

Tottenham Hotspur baru di bawah kendalian pengurus Ange Postecoglou bukan pasukan seperti dahulu.

Sebaliknya Tottenham Hotspur kini mampu bermain secara lebih agresif dan kreatif di semua posisi.

Dari bahagian pertahanan sehinggalah ke barisan penyerangnya, kesemua pemainnya mampu menggalas tanggungjawab dengan baik.

Ini jelas dilihat dalam lima perlawanan mereka dalam Liga Perdana England (EPL) musim kali ini.

Dahulu hanya Harry Kane yang diharapkan pasukan tersebut dalam usaha memburu jaringan.

Spurs kini lebih kukuh dan sepadu

Tapi kini kesemua kesebelasan utama dan pemain gantian yang dimasukkan sedar tanggungjawab itu perlu dipikul bersama.

Contohnya di bahagian pertahanan, Cristian Romero dan Emerson Royal telah menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaan musim kali ini.

Tottenham atau lebih dikenali sebagai Spurs seri 2-2 dengan Brentford dalam perlawanan itu.

Dalam perlawanan kedua, giliran pemain midfield mereka pula, Pape Matar Sarr, membuat jaringan dalam kemenangan 2-0 semasa menentang pasukan gergasi Manchester United.

Kemudian dalam perlawanan selanjutnya menentang Bournemouth di padang lawan, James Maddison pemain baru yang bertindak di bahagian ‘midfield’, selain pemain sayap kanan Dejan Kulusevski, pula menyumbatkan gol dalam kemenangan 2-0.

Keputusan besar pula dicatat Spurs semasa bertemu tuan rumah Burnley. Spurs menang 5-2 dengan gol-gol dijaringkan sekali lagi oleh Cristian Romero dan James Maddison. Menariknya Son Heung-min, yang merupakan kapten baru Spurs menggantikan Harry Kane, membuat jaringan hatrik dalam perlawanan itu.

Paling menarik sekali adalah apabila Spurs menundukkan Sheffield United 2-1 di padang sendiri. Ini meskipun Spurs ketinggalan 1-0, dan hanya menyumbatkan kededua gol tersebut menerusi pemain gantian asal Brazil, Richarlison, dan kemudian Dejan Kulusevski yang mendapat umpanan daripada Richarlison.

Maddison jadi tumpuan

Secara keseluruhan, pemain yang paling mendapat perhatian ialah James Maddison.

Sejauh ini Maddison telah menjaringkan dua gol dan mengikut perangkaan, beliau telah membuat 13 rembatan ke arah gol dengan ketepatan rembatannya adalah sekitar 85 peratus.

Kelincahannya dalam petak penalti jelas menimbulkan masalah kepada pasukan lawan sejak musim bermula.

Beliau juga mampu bergabung dengan baik bersama Son dan persefahaman mereka terus meningkat dalam musim ini.

Maddison juga dipilih selaku pemain terbaik EPL pada Ogos.

Persembahannya yang mempesonakan telah menarik perhatian ramai peminat EPL sehingga beberapa rakan sepejabat yang juga peminat Manchester United, akur akan kelincahan pemain ini.

Malah salah seorang daripada mereka berkata pasukan Spurs musim ini merupakan pasukan yang perlu diberi perhatian dan mereka bukanlah Spurs yang dahulu.

Memang benar.

Spurs telah menjaringkan 13 gol berbanding lima yang masuk ke gawangnya, sementara Arsenal hanya menjaringkan sembilan gol dan empat masuk ke gawangnya.

Postecoglou jaya yakinkan pasukan

Sejauh ini Postecoglou berjaya meyakinkan pasukannya untuk bermain mengikut cara yang diinginkannya.

Beliau sebenarnya patut diiktiraf bukan sahaja kerana telah memperkukuh para pemain yang telah lama berada dengan kelab tersebut, tetapi juga membawa masuk para pemain berkaliber yang mampu membantu persembahan pasukan itu pada masa ini.

Ini termasuk Maddison, selain penjaga gawang baru mereka, Guglielmo Vicario, dan pemain pertahanan muda, Micky van de Ven, yang mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diinginkan pengurus itu.

Terkini pasukan itu telah membawa masuk seorang lagi pemain muda, Brennan Johnson, yang mendapati golnya dibatalkan semasa Spurs menewaskan Sheffield United.

Ia menunjukkan bahawa visi Postecoglou adalah untuk membentuk sebuah pasukan yang mampu mengharungi EPL yang hebat persaingannya pada masa kini dan akan datang.

Justeru sudah sampai masanya pasukan lain beri perhatian kepada Spurs.

Kepada Arsenal, awas!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >