Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

EPL: United kalahkan Everton 1-0

Apr 04, 2016 | 07:34 AM

MANCHESTER: Manchester United mengekalkan peluang mereka menduduki antara empat tempat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mereka menewaskan Everton dengan gol babak kedua jaringan Anthony Martial di Old Trafford pada Ahad (4 Apr).

Martial mengambil kesempatan daripada kelemahan pertahanan Everton untuk menyerang gawang pada minit ke-54.

Namun, pengurus Louis van Gaal mengaku United bernasib baik kerana pasukannya tidak bermain dengan baik.

Kemenangan itu membolehkan United naik ke tempat kelima di atas West Ham dengan 53 mata, satu mata di belakang pasukan di tempat keempat, Manchester City.

Penjaring terbanyak United, Bobby Charlton, kini 78 tahun, yang membuat penampilan pertama untuk kelab itu 60 tahun lalu, diberi tabik hormat apabila beliau muncul di padang sebelum perlawanan sempena penamaan semula Tempat Duduk Selatan Old Trafford kepada Tempat Duduk Sir Bobby Charlton bagi menghormatinya. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3