RIO DE JANEIRO: Kekalahan Brazil yang memalukan di tangan Jerman di Estadio Mineirao, di Belo Horizonte, awal pagi kelmarin tidak seharusnya mengejutkan.
Hakikatnya, kehebatan jentera Jerman tidak boleh diperkecilkan. Anak didik Joachim Loew - yang tiba di Piala Dunia sebagai antara pasukan pilihan - meledakkan kekuatannya tepat pada masanya - dalam perlawanan separuh akhir dan menentang pasukan tuan rumah yang mengejar mahkota dunia buat kali keenam.