Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Era Ogura bersama Singa bermula

Mar 11, 2024 | 7:40 PM
Ketua jurulatih pasukan nasional Singapura, Tsutomu Ogura (berjersi biru), mengendalikan latihan pertama bersama skuad Singa di Hab Bola Sepak Kallang pada 11 Mac sejak dilantik pada 1 Februari.
Ketua jurulatih pasukan nasional Singapura, Tsutomu Ogura (berjersi biru), mengendalikan latihan pertama bersama skuad Singa di Hab Bola Sepak Kallang pada 11 Mac sejak dilantik pada 1 Februari. - Foto ST

Era baru yang diharapkan dalam bola sepak Singapura di bawah ketua jurulatih, Tsutomu Ogura, bermula secara rasmi pada 11 Mac apabila warga Jepun itu mengendalikan latihan sulung bersama pasukan nasional.

Ogura, 57 tahun, dilantik sebagai pengarah pasukan nasional senior dan Bawah 22 Tahun Singapura oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 1 Februari.

Pemain Singa, termasuk kapten Hariss Harun, Hassan Sunny, Safuwan Baharudin dan Faris Ramli, berhimpun di padang Hab Bola Sepak Kallang seawal 6 petang untuk menghadiri latihan nasional pertama pada 2024, sebagai persiapan menjelang aksi kelayakan Piala Dunia pada Mac.

Singapura bakal berdepan China dua kali, pertama di Stadium Negara pada 21 Mac sebelum membuat perjalanan ke China untuk beraksi di Stadium Pusat Olimpik Tianjin lima hari kemudian.

Pada 8 Mac, Ogura mengumumkan skuad sulungnya seramai 26 pemain untuk tempoh kelayakan ini.

Namun, kelibat tujuh pemain yang berpangkalan di luar negara tidak kelihatan semasa latihan berpusat pada malam 11 Mac.

Mereka ialah Ilhan Fandi (KMSK Deinze); Irfan Fandi, Ikhsan Fandi, Ryhan Stewart (BG Pathum United); Harhys Stewart (Chiangrai FC); Jacob Mahler (Madura United); dan Zulfahmi Arifin (Bhayangkara FC).

Mereka dijangka menyertai pasukan kelak selepas selesai dengan komitmen kelab masing-masing. 

Dua muka baru dalam kakitangan jurulatih pasukan Singa, Kosei Nakamura dan Gavin Lee, turut dilihat membantu Ogura menjalankan latihan di padang.

Pasukan Singa kini menduduki tangga corot dalam Kumpulan C seramai empat negara. Singapura masih memburu kemenangan dalam kempen kelayakan Piala Dunia ini selepas tewas 0-5 kepada Korea Selatan dan 1-3 di tangan Thailand pada dua perlawanan pertama mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg