Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Trio Fandi, Faris Ramli antara pemain pilihan dalam skuad sulung Ogura

Mar 08, 2024 | 05:30 PM



Ketua jurulatih baru pasukan nasional Singapura, Tsutomu Ogura, menamakan barisan pemain dalam skuad pertamanya menjelang aksi kelayakan Piala Dunia menentang China pada Mac.

Skuad seramai 26 pemain, yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 8 Mac, menampilkan semua lapan pemain Singapura yang berpangkalan di luar negara.

Mereka termasuk trio adik-beradik, Irfan Fandi, Ikhsan Fandi dan Ilhan Fandi.

Irfan dan Ikhsan menyarung jersi kelab Thai, BG Pathum United, manakala adik mereka, Ilhan bersama kelab Belgium, KMSK Deinze.

Lima lagi pemain luar negara ialah Safuwan Baharudin (Selangor FC); Ryhan Stewart (BG Pathum United); Harhys Stewart (Chiangrai FC); Jacob Mahler (Madura United); dan Zulfahmi Arifin (Bhayangkara FC).

Pemain sayap BG Tampines Rovers, Faris Ramli, 31 tahun, yang terlepas disertakan dalam dua panggilan skuad Singa sebelumnya, juga membuat kemunculan semula.

Dua muka baru – Jared Gallagher, 22 tahun (Tampines) dan Fairuz Fazli, 19 tahun (Young Lions) – turut menerima panggilan Ogura.

Semua pemain di tanah air akan memulakan latihan pusat bersama Ogura dan pasukan jurulatihnya pada 11 Mac, manakala pemain luar negara dijangka pulang ke Singapura pada tarikh berbeza sejurus selesai komitmen kelab masing-masing, kata FAS dalam satu kenyataan.

Ogura, 57 tahun, bakal mengendalikan perlawanan pertama sejak dilantik pengarah pasukan nasional senior dan Bawah 22 Tahun Singapura pada Februari.

Tugas sulungnya adalah di depan penyokong sendiri apabila pasukan Singa berdepan China di Stadium Negara pada 21 Mac.

Lima hari kemudian, mereka akan berkunjung ke China untuk bertemu lawan sama di Stadium Pusat Olimpik Tianjin.

Pada 7 Mac, Ogura mengumumkan dua tambahan baru kepada pasukan jurulatihnya.

Bekas penolong jurulatih Kashima Antlers dan pemain Albirex Niigata, Kosei Nakamura, dilantik penolong jurulatih pasukan Singa.

Ketua jurulatih BG Tampines Rovers, Gavin Lee, pula diundang menyertai kakitangan jurulatih Ogura untuk tempoh kelayakan ini.

Singapura masih memburu kemenangan dalam kempen kelayakan Piala Dunia selepas tewas 0-5 kepada Korea Selatan dan 1-3 di tangan Thailand pada dua perlawanan pertama Kumpulan C.

Skuad Singapura


  • Penjaga gol: Hassan Sunny (Albirex Niigata); Syazwan Buhari (BG Tampines Rovers); Zharfan Rohaizad (Lion City Sailors)
  • Pemain pertahanan: Fairuz Fazli (Young Lions); Jared Gallagher (Tampines); Jacob Mahler (Madura United); Irfan Fandi (BG Pathum United); Nazrul Nazari (Hougang United); Safuwan Baharudin (Selangor FC); Ryhan Stewart (BG Pathum); M. Anumanthan, Lionel Tan, Zulqarnaen Suzliman (Sailors)
  • Pemain midfield: Joel Chew, Glenn Kweh, Shah Shahiran (Tampines); Harhys Stewart (Chiangrai United); Hariss Harun, Song Uiyoung (Sailors); Zulfahmi Arifin (Bhayangkara FC)
  • Penyerang: Daniel Goh (Albirex), Faris Ramli (Tampines), Ikhsan Fandi, Ilhan Fandi (BG Pathum); Shawal Anuar, Hafiz Nor (Sailors)



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >