Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Everton mahukan Martinez semula

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Everton dikatakan berminat mendapatkan khidmat pengurus Belgium, Roberto Martinez, untuk kembali memimpin kelab itu dan difahamkan telah pun menghubungi Persatuan Bola Sepak Belgium mengenai kontrak pengurus mereka itu.



Belgium bagaimanapun keberatan untuk melepaskan pengurus asal Sepanyol itu, dengan Piala Dunia di Qatar dijadual berlangsung November ini dan yakin mereka akan dapat mengekalkan khidmat beliau.



Berusia 48 tahun, Martinez dikatakan adalah pilihan pertama Everton untuk menggantikan Rafael Benitez, yang dipecat Ahad lalu.



Martinez telah memimpin Everton selama hampir tiga musim sebelum dipecat pada 2016 dan mengambil alih sebagai pengurus Belgium, dan kemudian turut memegang jawatan pengarah teknikal.



Di bawah kepimpinannya, Martinez memimpin Belgium ke tempat ketiga dalam Piala Dunia 2018 dan pasukan itu adalah antara pasukan pilihan untuk memenangi Piala Dunia di Qatar nanti.



Difahamkan, Everton juga mencadangkan agar Martinez melakukan dua peranan - sebagai pengurus kelab dan pasukan kebangsaan - namun ini adalah sesuatu yang tidak dipersetujui FA Belgium.



Martinez dikatakan terus mempunyai sokongan sebahagian besar anggota lembaga pengarah Everton meskipun merupakan pengurus pertama daripada lima pengurus yang dipecat oleh pemilik kelab sekarang, Farhad Moshiri.



Beliau merupakan salah seorang daripada calon yang disenaraikan Everton, dengan lain-lain calon dikatakan termasuk bekas pemain mereka, Wayne Rooney, yang kini memimpin Derby County. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >