F1 sewa penerbangan khas ke Grand Prix Australia susulan konflik di Timur Tengah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

F1 sewa penerbangan khas ke Grand Prix Australia susulan konflik di Timur Tengah

Mar 3, 2026 | 1:22 PM

F1 sewa penerbangan khas ke Grand Prix Australia susulan konflik di Timur Tengah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Grand Prix (GP) Australia 2026 dijadual berlangsung pada 8 Mac di Litar Albert Park, Melbourne.
Grand Prix (GP) Australia 2026 dijadual berlangsung pada 8 Mac di Litar Albert Park, Melbourne. - Foto REUTERS

MELBOURNE: Pegawai Formula Satu (F1) telah menyewa penerbangan khas untuk membawa petugas utama pasukan ke Melbourne bagi menghadiri Grand Prix (GP) Australia 2026 yang dijadual berlangsung pada 8 Mac di Litar Albert Park, Melbourne.

Langkah itu dibuat menyusuli konflik berlanjutan di Timur Tengah yang menyebabkan gangguan besar terhadap perjalanan udara, menurut The Athletic.

Sekitar 1,500 petugas – termasuk kakitangan pasukan, penganjur dan pegawai perlumbaan, serta petugas media dan layanan tamu – lazimnya menghadiri perlumbaan seperti ini.

Ramai dalam kalangan mereka dijadualkan melalui lapangan terbang di Timur Tengah, yang berfungsi sebagai hab pengangkutan utama dunia, termasuk Dubai dan Abu Dhabi di Amiriah Arab Bersatu (UAE) serta Doha di Qatar.

Serangan balas peluru berpandu terus menggegar rantau itu selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari.

Tindakan itu menyebabkan penutupan sementara ruang udara di negara-negara berkenaan, sekali gus membatalkan sebahagian besar penerbangan di kawasan tersebut.

“Anda sedang bercakap tentang pasukan, pemandu, dan petugas F1,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GP Australia, Encik Travis Auld, kepada rangkaian televisyen Australia, Channel Nine.

Menurut beliau, hampir 1,000 petugas telah menempah penerbangan mereka dan mungkin tiba di Melbourne antara 2 Mac dengan 4 Mac.

“Semua penerbangan itu terpaksa diubah, tetapi ramai orang di seluruh dunia berdepan situasi sama, dan sudah tentu anda bersaing dengan permintaan yang meningkat. Namun, paling penting, mereka berjaya menyelesaikan (masalah ini),” tambah Encik Auld.

Semua peralatan yang diperlukan untuk memastikan perlumbaan ini berjalan lancar telah dihantar ke Melbourne sebelum serangan berlaku.

“Semua kargo sudah tiba dan bersedia. Justeru, kami sangat yakin (konflik ini) tidak akan menjejas (perlumbaan yang dijadualkan),” jelas Encik Auld, sambil menambah bahawa pemandu, jurutera dan ketua pasukan yang diberi keutamaan perjalanan akan tiba di sana.

Perlumbaan pada 8 Mac menandakan permulaan musim F1, yang seterusnya akan ke China dan Jepun sebelum menuju ke Timur Tengah untuk perlumbaan di Bahrain (12 April) dan Arab Saudi (19 April). – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg