Seramai 30 pelajar Brunei berpeluang mengasah kemahiran bola sepak bersama legenda bola sepak tempatan, Fandi Ahmad, menerusi klinik bola sepak selama tiga hari mulai 6 November.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berlangsung di padang bola sepak Peak Club, Brunei, itu dianjurkan oleh Persatuan Singapura (SA) di Brunei Darussalam, dengan sokongan Suruhanjaya Tinggi Singapura di negara tersebut.

Menurut laporan akhbar Pelita Brunei, inisiatif itu bertujuan memberi inspirasi kepada golongan belia menerusi sukan bola sepak, selain menggalakkan keterangkuman dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan peserta.

Ia menambah, usaha itu mencerminkan usaha masyarakat Singapura di Brunei untuk menyumbang kepada masyarakat setempat, di samping mempererat hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan