Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Fandi ambil alih jurulatih sementara pasukan negara?

Apr 18, 2018 | 05:30 AM



JURULATIH Young Lions Fandi Ahmad dijangka mengambil alih buat sementara teraju pasukan bola sepak negara menggantikan V. Sundram Moorthy yang melepaskan jawatan tersebut minggu lalu.



Menurut sumber-sumber Berita Harian (BH), Fandi dan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) telah pun mencapai persetujuan bagi bekas kapten pasukan nasional itu menjadi jurulatih sementara pasukan negara.



Difahamkan, Fandi juga akan terus memimpin pasukan Young Lions dalam mengharungi cabaran Liga Perdana Singapura serta mempersiapkan pasukan itu bagi Sukan Asia di Jakarta Ogos nanti.



Young Lions, yang sebelum ini menjadi pasukan corot liga setempat sejak beberapa musim lalu, telah menunjukkan kemajuan di bawah bimbingan Fandi musim ini.



Selepas tiga perlawanan, pasukan yang dianggotai para pemain berusia bawah-23 tahun itu kini menduduki tangga kedua dalam liga sebanyak sembilan pasukan setelah menang dua perlawanan.



Fandi, 55 tahun, dilantik jurulatih pasukan tersebut musim ini.



Pelantikan Fandi sebagai jurulatih sementara itu memberi masa bagi FAS untuk mencari pengganti jangka panjang kepada Sundram meskipun sumber BH itu berkata pengganti sepenuh masa "tidak akan dilantik dalam masa terdekat".



Ketika ditemui BH semasa sesi latihan Young Lions di padang bola sepak Geylang Lorong 12 semalam, Fandi enggan mengulas.



Menjawab pertanyaan BH, FAS berkata:



"Kami berharap dapat mengumumkan sesuatu tidak lama lagi, namun tiada yang dapat disahkan buat masa ini.



"Kami akan memberitahu pihak media jika terdapat maklumat terkini."



Para peminat dan bekas pemain mengalu-alukan pelantikan Fandi - meskipun sebagai jurulatih sementara.



Apabila ditanya siapakah pilihannya untuk menerajui pasukan negara, nama pertama yang disebut oleh bekas pemain Singapura, Malek Awab ialah Fandi.



Namun beliau berpendapat Fandi, dengan tanggungjawab bersama pasukan negara di bawah 23 tahun, mungkin dapat bekerjasama dengan seorang lagi bekas pemain Kadir Yahaya untuk mengendalikan skuad Singa.



"Walaupun kini bersama skuad muda negara, Fandi masih dapat dilihat membantu Sundram dalam pasukan senior.



"Saya rasa sudah tiba masanya beliau diberikan peluang dan gabungannya dengan Kadir dapat membantu memberi nafas baru kepada pasukan negara," katanya.



Peminat bola sepak setempat, Encik Hamid Roslan, pula berpendapat bahawa pasukan negara memerlukan suntikan motivasi dan keyakinan setelah beberapa tahun menunjukkan persembahan hambar di persada antarabangsa.



"Fandi seorang yang amat dihormati dalam kalangan masyarakat bola sepak setempat. Para pemain amat menghormati dan mengagumi pencapaian beliau. Ini yang diperlukan pasukan nasional sekarang," jelasnya.



Selain Fandi, lain-lain nama yang dilaporkan dipertimbangkan FAS temasuk jurulatih kelab Balestier Khalsa, Marko Kraljevic dan jurulatih Home United, Aidil Sharin.



Dua lagi jurulatih asing - bekas kapten England dan bekas penolong pengurus Scotland, Terry Butcher serta bekas pengurus Southampton, Wolves dan Cardiff, Dave Jones - juga dilaporkan berminat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sundram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >