Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK NASIONAL

Fandi mahu pemain beraksi dengan lebih bijak

Sep 11, 2018 | 05:30 AM



PEMAIN nasional perlu bertindak lebih bijak di padang dan tidak mensesiakan sebarang tendangan bebas yang diperolehi, kata Fandi Ahmad, menjelang perlawanan persahabatan dengan Fiji malam ini.



Jurulatih sementara pasukan negara itu berkata mereka menjangkakan permainan fizikal apabila menentang pasukan Fiji - tidak jauh beza dengan apa yang dihadapi semasa seri 1-1 dengan Mauritius pada Jumaat lalu - pertarungan pertama skuad Singa sejak di bawah bimbingan Fandi.



Jadi, permainan 'bijak' diperlukan seperti sentuhan hebat Shahril Ishak yang menunggu masa yang tepat sebelum membuat hantaran kepada Ikhsan Fandi bagi pemain muda itu menyumbat gol penyamaan semasa menentang Mauritius.



Kededua pertarungan dengan Mauritius tempoh hari dan menentang Fiji malam ini adalah persiapan menjelang menghadapi Piala Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki pada November ini.



Menyentuh tentang perlawanan itu, Fandi berkata benteng pertahanan pasukan agak kukuh, namun terdapat beberapa perkara yang harus diberi perhatian.



"Saya perhatikan pemain sering ball watch (melihat bola daripada mengejar bola) dan lupa mengenai pemain-pemain yang ada di sisi mereka.



"Mereka juga harus memanfaatkan peluang tendangan bebas dan penalti dengan baik, perlu fokus dan tidak lupa perkara-perkara seperti itu," katanya.



Namun beliau menambah bahawa beliau gembira melihat kerjasama antara pemain muda dan berpengalaman.



"(Semasa perlawanan menentang Mauritius) saya melihat ramai pemain berpengalaman seperti Shahril dan Baihakki (Khaizan) memberikan arahan yang baik kepada pemain muda. Ini membantu pemain muda menyesuaikan diri dan hubungan mereka lebih akrab sekarang," katanya.



Tambahnya ini membantu mereka mengekalkan fokus di padang dan memberikan persembahan yang baik.



Fandi turut gembira pemain berpengalaman seperti Safuwan Baharudin dapat memainkan peranan sebagai salah seorang pemain pertahanan.



"Pertahanan memang posisi terbaik untuknya, saya gembira beliau mengambil tempat tersebut dan berharap beliau dapat kekal bersama kami," katanya.



Namun, keprihatinan utama Fandi sekarang adalah masa.



"Saya berharap kita mempunyai masa yang cukup untuk membentuk pasukan yang lebih baik dan dapat berlatih bersama (sebelum Piala Suzuki)," katanya.



Dalam sidang media menjelang pertarungan malam ini yang berlangsung di Hotel Oasia semalam, jurulatih Fiji, Christophe Gamel, pula berkata beliau menjangkakan saingan yang sengit daripada pasukan tuan rumah.



Katanya: "Ini merupakan peluang untuk kami mendedahkan pemain generasi baru kepada perlawanan profesional, untuk mengenal pasti hingga tahap mana kami boleh menguji mereka."



Pertarungan Singapura dengan Fiji akan berlangsung di Stadium Bishan mulai 7.30 malam ini. Tiket boleh didapatkan di fas.org.sg/tickets atau di stadium pada hari perlawanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >