PREVIU LIGA-S
Fareez buru tempat di skuad nasional
Young Lions bertemu Balestier, Tampines dan Geylang berentap dalam 'derby' Timur
Apr 21, 2016 | 05:30 AM
TANPA Fareez Farhan, musim muram yang melanda Garena Young Lions mungkin menjadi lebih sugul.
Pasukan pembangunan nasional itu bergelut dengan usaha menjaringkan gol, selepas penyerang nasional Khairul Amri mengalami kecederaan 'jangka panjang' dan belum beraksi sejak bermulanya musim ini.