Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Farhan sekali lagi jadi juara dunia, menang emas keempatnya

Jul 31, 2022 | 12:16 PM



SATRIA Singapura Sheik Farhan Sheik Alau’ddin menjadi pesilat paling berjaya negara setelah merangkul kejuaraan dunia keempat beliau dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia 2022 pada pagi Ahad (31 Julai).



Beliau mempertahankan takhtanya apabila menang singkir selepas menentang pesilat Indonesia Rangga Andika, yang cedera semasa perlawanan dan tidak dapat terus bertanding, dalam pusingan akhir tanding J putera di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).



Kemenangan ini melanjutkan penguasaan Farhan, 25 tahun, dalam acara itu, selepas meraih emas dalam Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Mei lalu.



Dua pesilat muda, Siti Khadijah Mohd Shahrem, 21 tahun, dan Dhani Andika Razali, 17 tahun, pula hanya mampu pulang dengan perak. 



Khadijah memperbaiki persembahan gangsanya dalam edisi lalu pada 2018, yang berlangsung di tanah air, apabila tewas 30-37 kepada Pipiet Kamelia dari Indonesia di pentas akhir tanding C puteri. 



Dhani, dalam penyertaan sulungnya, kalah 34-44 di tangan warga Indonesia Bayu Lesmana dalam pusingan akhir tanding bawah 45kg putera. 



Singapura sejauh ini sudah memungut 10 pingat - dua emas dan lapan gangsa.



Dua emas itu dimenangi Muhammad Iqbal Abdul Rahman (regu putera) dan Iffah Batrisyia Noh, Amirah Sahrin serta Nur Ashikin Zulkifli (regu putera).



Lapan gangsa adalah hasil sumbangan acara seni regu putera, seni ganda putera, seni tunggal puteri, tanding B puteri, tanding F puteri, tanding D putera, tanding C putera dan tanding H putera.



Dalam edisi kejohanan dunia yang lalu, Singapura meraih pencapaian terbaiknya dalam kejohanan itu, merangkul 20 pingat - tujuh emas, enam perak dan tujuh gangsa.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >