Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Farhanna pecah rekod dunia lagi

Dec 15, 2022 | 05:30 AM



ATLET angkat berat, Farhanna Farid (gambar), mengatasi selesema untuk memecah rekod dunia yang dimilikinya sendiri bagi acara deadlift di Kejohanan Angkat Berat Klasik Asia di Dubai baru-baru ini.



Malah, Farhanna, 30 tahun, menamatkan pertandingan itu sebagai atlet Wanita Terbaik dalam Kategori Terbuka kerana berjaya mengangkat berat keseluruhan 407 kilogram (kg) dalam tiga kategori sukan itu - squat, bench press dan deadlift.



Bagi acara deadlift, beliau, yang bertanding dalam kategori berat badan bawah 52 kg, telah mengangkat 201.5kg pada percubaan kedua, memecah rekod dunia yang lama iaitu 201kg.



Namun beliau mencatat rekod dunia baru pada percubaan ketiga, apabila mengangkat berat 202kg.



Menurut Farhanna, pencapaiannya itu lebih manis kerana beliau hampir-hampir terpaksa menarik diri daripada pertandingan selepas jatuh sakit kurang seminggu sebelum kejohanan berlangsung 2-7 Disember.



"Terdapat 2 peratus diri saya yang mahu menarik diri daripada pertandingan kerana berasa mustahil untuk mengatasinya. Tetapi saya tidak mahu membazirkan latihan selama berbulan-bulan.



"Saya terpaksa memberi diri saya peluang berjuang... kami telah bertanding selama enam jam apabila deadlift bermula... bayangkan saya bukan sahaja kepenatan dari segi fizikal tetapi juga mental.



"Namun saya kuatkan semangat... saya tidak mahu datang jauh-jauh ke Dubai dan mengorbankan jam tidur, masa dan wang untuk sesiakannya," ujar beliau, menulis di media sosial.



Apabila dihubungi Berita Harian (BH) semalam, bapanya, Encik Mohd Farid Aliman, berkata anaknya itu jatuh sakit lagi dan sedang berehat.



Menambah, Encik Farid berkata beliau dan ahli keluarga yang lain amat berbangga dengan pencapaian anaknya itu walapun tidak dapat ke Dubai untuk memberi sokongan.



Sebaliknya, mereka telah mengikuti aksi Farhanna menerusi siaran langsung di dalam talian.



"Sebagai bapa, saya amat berbangga dengan pencapaiannya. Ia bukan satu kejayaan yang mudah kerana beliau perlu menyesuaikan diri dengan kerja, perkahwinan dan minatnya dalam angkat berat," Encik Farid.



Jun lalu, Farhanna mencipta namanya dengan mencatatkan rekod dunia bagi acara deadlift dengan mengangkat 200.5kg di Afrika Selatan, sebelum memecahkan rekod tersebut dengan mengangkat 201kg di Malaysia tiga bulan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >