PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) sedang bekerjasama dengan badan Fifa untuk membentuk program 'subvention' atau menyediakan geran untuk kelab-kelab amatur setempat, yang bernilai sekitar $500,000 mulai 2021.
Ini merupakan sebahagian komitmen berterusan FAS untuk mempertingkatkan pelesenan kelab bagi kelab-kelab amatur di sini.