Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

FAS kemuka 10 usulan perbaiki prestasi skuad Sukan SEA

Rancang laksana saranan mulai tiga hingga enam bulan akan datang, tambah sokongan dan masa persiapan
Jul 07, 2023 | 06:25 PM



Penyertaan Singapura dalam bola sepak lelaki Sukan SEA di masa depan akan dikendalikan sebagai projek dua tahun, di mana pemain akan diberi landasan yang lebih panjang untuk membuat persiapan dan menyesuaikan diri dengan rentak permainan antarabangsa lebih pantas.

Pasukan bawah 23/22 tahun nasional (B23/22), yang biasanya membentuk sebahagian besar skuad Sukan SEA, pula akan diuruskan oleh pasukan nasional lelaki dan diberikan sumber dan sokongan yang setara.

Dua rancangan tersebut sebahagian daripada 10 usulan yang dikongsi Persatuan Bola Singapura (FAS) hasil dapatan Reviu Bola Sepak Pasca Sukan SEA 2023.

Reviu itu dimulakan menyusuli kegagalan pasukan negara di Sukan SEA itu, apabila ia dibelasah 0-7 oleh lawan tradisi Malaysia dan tersingkir daripada pertandingan di peringkat kumpulan.

Panel yang mengadakan reviu itu dilantik FAS dan diketuai oleh bekas jurulatih nasional, Jita Singh dan dianggotai naib presiden FAS Razali Saad dan ahli majlis FAS, Lim Tong Hai dan Harman Ali.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, FAS berkata ia akan melaksanakan semua usulan itu dan ini akan mula dilakukan dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.

Antara lain, reviu sepanjang empat minggu itu bertujuan untuk mencadangkan tindakan bagi memperbaiki persembahan pasukan bola sepak Singapura di Sukan SEA akan datang.

Reviu itu tidak mengambil kira keperluan pembangunan bola sepak negara yang lebih luas dan bagi jangka panjang, kata FAS.

FAS berkata perkara itu masih ditangani menerusi projek jangka panjang Unleash the Roar! (UTR) kerana “sudah diakui banyak usaha perlu dilakukan untuk membolehkan pemain bermain pada tahap yang berbeza”.

Pemangku presiden FAS, Bernard Tan yang bersama Jita mengumumkan usulan dan langkah susulan FAS berkata:

“Tujuan reviu ini adalah untuk mengenal pasti perkara yang boleh kami perbaiki.

“Ia tidak pernah bertujuan untuk menyalahkan siapa-siapa… tetapi adalah untuk mengkaji diri dan mendapat maklum balas dan tindakan susulan daripada jawatankuasa semakan dan sumber luar.”

Beliau menambah satu perkara positif yang lahir semasa proses reviu itu adalah ia telah mendorong lebih ramai individu dalam FAS untuk bersikap terbuka dan supaya berusaha lebih gigih untuk memperbetulkan keadaan bola sepak negara.

Bagi meningkatkan tahap sokongan bagi skuad B23/22, FAS memutuskan untuk meletakkan skuad itu di bawah pentadbiran Pasukan-Pasukan Nasional Lelaki yang diterajui ketua jurulatih nasional, iaitu Takayuki Nishigaya.

Beliau akan bekerjasama rapat dengan jurulatih Sukan SEA, yang juga menggalas jawatan jurulatih Young Lions yang beraksi dalam Liga Perdana Singapura (SPL).

Usulan itu memastikan sumber dan sokongan pasukan nasional sedia ada untuk menyokong skuad B23/22, dan mempercepatkan peralihan pemain B23/22 ke dalam pasukan ‘A’, atau senior, negara, kata FAS.

Justeru, Pasukan-Pasukan Nasional Lelaki akan bertanggungjawab atas pasukan A dan B23/22 dan dilantik menjamin dan menggunakan semua sumber yang ada untuk menyokong skuad B23/22 semasa kejohanan utama.

Persiapan bagi Sukan SEA pula perlu dikendalikan sebagai projek dua tahun, tempoh yang lebih panjang berbanding yang diperuntuk sebelum ini.

Sebagai contoh, skuad Sukan SEA yang dihantar ke Sukan SEA Vietnam pada 2022 berkumpul untuk menjalani latihan pusat pada 25 April, sebelum berangkat ke Vietnam pada 4 Mei.

Melanjutkan tempoh persiapan membolehkan jurulatih dan pasukan berkembang dalam tempoh yang lebih panjang, termasuk memberi peluang kepada pemain muda meraih pengalaman berharga dalam SPL.

Mereka juga akan diberi peluang beraksi dalam lapan hingga 10 perlawanan antarabangsa yang dimainkan dengan rentak dan intensiti lebih tinggi sepanjang tempoh itu, kata FAS.

Difahami, kurangnya pengalaman dan persiapan secukupnya adalah antara faktor yang menyebabkan pasukan nasional gagal di Sukan SEA Kemboja.

Dapatan reviu bola sepak pasca Sukan Sea 2023 yang dilihat oleh BH, menunjukkan pemain Singapura dalam skuad seramai 20 pemain itu kurang pengalaman dalam perlawanan SPL dan antarabangsa.

Hanya lapan pemain beraksi secara kerap, iaitu lebih 50 peratus masa permainan, dalam SPL, manakala tujuh daripada mereka sebelumnya memiliki pengalaman antarabangsa.

Skuad Sukan SEA 2023 sebahagian besarnya terdiri daripada pemain Young Lions, dengan beberapa menyarung jersi kelab SPL yang lain.

Lapan pemain adalah anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa atau baru selesai menjalani NS, manakala baki merupakan pelajar.

Pemain juga didapati berada dalam tahap kecergasan yang berbeza-beza menjelang Sukan SEA, menurut laporan itu.

Justeru, usulan dikemukakan untuk mengadakan senarai pemain yang panjang pada permulaan projek, dan mereka yang dipilih mempunyai Rancangan Pembangunan Individu (IDP) yang betul.

“Ini membolehkan jurulatih dan pasukan meningkatkan keupayaan individu pemain sepanjang dua tahun persiapan, walaupun ramai bermain di kelab masing-masing.

“Tumpuan utama persiapan IDP mesti adalah tempoh tiga hingga enam bulan sebelum kejohanan,” kata FAS.

Dalam pada itu, FAS juga seterusnya hanya akan memberi keutamaan kepada dua kejohanan – Sukan SEA dan kejohanan B23 AFC, yang juga pertandingan kelayakan ke Sukan Olimpik.

Semua kejohanan lain akan dianggap sebagai peluang pembangunan, tambahnya.

Memberi sebabnya, FAS berkata ia mendapati bahawa kumpulan bakat di Singapura adalah kecil dan keutamaan harus dibuat, memandangkan ramai pemain B23/22 adalah pelajar dan sedang menjalani NS.

Langkah itu menimbulkan persoalan sama ada pasukan B22 Singapura akan bertanding dalam Sukan Asia pada 23 September hingga 8 Oktober di Hangzhou, China.

Bola sepak lelaki telah disertakan dalam senarai panjang atlet negara bagi temasya sukan itu, yang diluluskan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).

Menjawab pertanyaan media pada Jumaat, Tan berkata FAS akan membuat pengumuman mengenai penyertaan mereka dalam masa terdekat.

FAS juga akan menyemak semula peraturan SPL untuk menaikkan masa permainan pemain utama B23/22 dan memperuntuk supaya pemain diberikan tempoh persiapan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ke kejohanan besar.

Mereka dikehendaki bermain dua hingga tiga perlawanan latihan sebelum bersaing, dengan seminggu dalam negara dan seminggu lagi di negara yang kejohanan diadakan.

Dalam pada itu, dapatan reviu itu juga mengemukakan usulan lain seperti menyediakan pakar psikologi sukan terlatih; merancang diet pemain; dan mengadakan pasukan penganalisis di peringkat nasional.

Setiap pemain yang cedera semasa kejohanan juga perlu diberi pengesahan doktor dan diberikan sijil perubatan.

Rancangan bagi jurulatih Young Lions dan Sukan SEA

Jurulatih Young Lions Philippe Aw dilantik sebagai jurulatih skuad Sukan SEA 2023 hanya pada Mac, sekitar dua bulan sebelum pertandingan bermula.

Beliau juga merupakan ketua metodologi FAS dan penolong pengarah teknikal dan terlibat dengan Akademi Bola Sepak Singapura di bawah UTR.

Berikutan persembahan hambar di Kemboja, pada 18 Mei – sehari selepas Sukan SEA berakhir – Aw telah diberikan cuti rehat daripada Young Lions.

Beliau digantikan Fadzuhasny Juraimi dan Koichiro Iizuka, yang mengendalikan Young Lions dalam SPL.

Ditanya Berita Harian (BH) mengenai rancangannya bagi Aw, FAS berkata pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >