LIGA PERDANA ENGLAND

Ferguson: Gaji Rooney tidak boleh melebihi saya

Buku terbaru Ferguson dedah kisah di belakang tabir hubungannya dengan penyerang United, Wayne Rooney

LONDON: Mantan pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson, mendedahkan bahawa beliau enggan membenarkan Wayne Rooney mendapat bayaran lebih tinggi daripada beliau semasa berlaku perselisihan mengenai kontrak dengan penyerang tersebut pada 2010.

Rooney berikrar akan meninggalkan United selepas menuduh kelab itu tidak memiliki cita-cita yang tinggi, tetapi membuat pusingan-U dengan menandatangani kontrak baru lima tahun yang dilaporkan bernilai £180,000 ($393,804) seminggu.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun