Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FIA naikkan empat kali ganda denda ke atas pemandu hingga $1.4j

Oct 20, 2023 | 12:44 PM



AUSTIN: Pemandu-pemandu terkemuka Formula Satu (F1) terkejut dengan keputusan menaikkan denda yang boleh dikenakan ke atas pemandu kepada 1 juta euro ($1.4 juta).


Badan pentadbir Fédération Internationale de l’Automobile (FIA) berkata pada Khamis ia akan menaikkan denda yang boleh dikenakan kepada empat kali ganda daripada 250,000 euro.

“Saya tidak tahu apa yang patut dikenakan penalti 1 juta euro,” kata pemandu Ferrari, Charles Leclerc.

Menurutnya, kenaikan itu adalah “jumlah wang yang besar” dan berkata “sesetengah pemandu memperoleh pendapatan yang kurang daripada jumlah itu.”

Pemandu Haas, Kevin Magnussen, berkata jumlah itu “tidak masuk akal” , manakala Daniel Ricciardo dari Alpha Tauri berkata jumlah itu “menakutkan”.

Denda lebih berat itu bertujuan menghalang pasukan dan pemandu daripada melanggar peraturan yang paling teruk dan berbahaya.

FIA menegaskan bahawa sebarang denda yang dikenakan akan digunakan untuk membiayai program pembangunan sukan permotoran.

Ia tidak jelas tentang kesalahan yang boleh dilakukan oleh pemandu atau pasukan sehingga boleh dikenakan denda sedemikian.

“Kami perlu memikirkan mesej yang disampaikan kepada mereka yang menonton,” kata juara F1 tujuh kali, Lewis Hamilton.

“Jika mereka boleh didenda 1 juta euro, kita harus pastikan 100 peratus digunakan untuk tujuan yang baik,” tambah beliau.

Hamilton baru-baru ini didenda 50,000 euro kerana melintasi trek semasa perlumbaan masih berlangsung di Grand Prix Qatar pada awal Oktober.

Juara dunia, Max Verstappen, merujuk kepada denda yang dikenakannya kerana terkena sayap belakang kereta Hamilton pada Grand Prix Brazil 2021.

“Jika terkena sayap belakang adalah 50,000 euro, saya ingin tahu (kesalahan) apa untuk satu juta?” kata beliau.

FIA membuat keputusan menaikkan denda dalam mesyuarat bersama badan perundangannya pada 18 Oktober.

“Jumlah ini tidak disemak dan tidak diubah sekurang-kurangnya sejak 12 tahun lalu dan tidak menggambarkan keperluan sesama sukan permotoran,” menurut satu kenyataan.

Hamilton berkata bahawa keputusan FIA untuk ‘meninjau semula’ kejadian di Qatar – perlanggaran antara Hamilton dengan rakan sepasukannya George Russell – merupakan ‘komunikasi yang lemah’.

FIA berkata bahawa ia sedang menilai semula penalti tersebut kerana “memandangkan status teladannya, FIA bimbang tentang kesan yang mungkin akan timbul pada pemandu lebih muda”.

Hamilton merujuk kepada kejadian baru-baru ini dengan seorang pemandu melintasi trek dalam acara karting, dan berkata:


“Apa yang penting ialah untuk menyampaikan mesej yang betul terutama kepada pemandu lebih muda bahawa itu bukan perkara yang perlu dilakukan.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >