Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Firma sukan permotoran Liberty Media lantik CEO baru

Jan 10, 2025 | 2:32 PM
Eksekutif sukan berpengalaman, Derek Chang (gambar sisipan), akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liberty Media secara rasmi pada 1 Februari. Antara tanggungjawabnya adalah untuk memajukan sukan pemotoran seperti Formula Satu dan MotoGP.
Eksekutif sukan berpengalaman, Derek Chang (gambar sisipan), akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liberty Media secara rasmi pada 1 Februari. Antara tanggungjawabnya adalah untuk memajukan sukan pemotoran seperti Formula Satu dan MotoGP. - Foto REUTERS

Pemilik Formula Satu (F1), Liberty Media, melantik eksekutif sukan berpengalaman, Derek Chang, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru pada 8 Januari.

Chang akan mengambil alih jawatan tersebut secara rasmi pada 1 Februari dan akan mengetuai lembaga eksekutif yang merangkumi tiga kakitangan Liberty dan akan bekerjasama dengan CEO F1, Stefano Domenicali.

Beliau akan menggantikan John Malone, yang telah berkhidmat sebagai CEO sementara Liberty sejak Greg Maffei meletak jawatan pada November 2024.

“Saya gembira menyambut Derek sebagai CEO Liberty Media,” kata Malone.

“Kepakaran beliau dalam kededua peranan operasi dan pelaburan, pemahaman mendalam tentang industri, dan pengenalan beliau dengan Liberty menjadikan beliau pemimpin yang ideal untuk bab seterusnya bagi Liberty.”

Chang akan membantu memacu usaha Liberty meningkatkan pelaburannya dalam sukan permotoran seperti F1 dan MotoGP – sebuah entiti perlumbaan motosikal yang telah diambil alih oleh Liberty pada April 2024 tetapi belum diperoleh secara rasmi.

Liberty juga merancang memindahkan Liberty Live Group ke entiti awamnya sendiri, membolehkan ia memiliki kira-kira 70 juta saham dalam Live Nation Entertainment – sebuah syarikat promosi konsert yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

“Fokus kami sekarang adalah jelas: mengoptimumkan struktur portfolio dengan pemisahan Liberty Live dan menyokong pertumbuhan aset operasi menarik kami, termasuk F1 dan MotoGP selepas pengambilalihan, untuk meneruskan momentum dan melabur demi masa depan,” jelas Chang.

Setelah memulakan peranannya yang baru, Chang akan meletak jawatan sebagai pengerusi eksekutif EverPass Media – sebuah platform yang beliau bantu lancarkan bersama NFL untuk menyediakan kandungan sukan premium kepada premis komersial.

Chang telah menjadi pengarah di Liberty sejak 2021.

Beliau adalah CEO NBA China dari 2018 hingga 2020 dan sebelum itu menyandang jawatan tinggi di DIRECTV, Charter Communications dan YES Network. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg