MONZA (Italy): Impian Lewis Hamilton menjuarai Grand Prix Italy buat kali ketiga berturut-turut dan sekali gus memenangi perlumbaan Formua Satu untuk kali ke-50, musnah sebaik sahaja lampu hijau menyala.
Dalam sekelip mata, juara dunia itu yang bermula dari petak pertama bertukar menjadi orang yang mengejar.