Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Formula Satu rancang uji alat lindung kepala pemandu daripada 'objek berterbangan'

Aug 26, 2015 | 06:23 PM



LONDON: Pihak berkuasa Formula Satu akan menjalankan lebih banyak ujian ke atas peralatan yang boleh melindungi kepala pemandu daripada objek-objek yang berterbangan - seperti yang mengorbankan pemandu IndyCar asal Britain, Justin Wilson.


Bekas pemandu F1, Wilson, mengalami kecederaan teruk di Pocono Raceway, Pennsylvania, Ahad lalu dan meninggal dunia di hospital sehari berikutnya.


Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah menguji pelbagai penyelesaian, termasuk kokpit yang tertutup seperti jet pejuang, sejak spring yang melambung menghentam topi keledar pemandu Brazil, Felipe Massa, di Hungary pada 2009.


Sekalipun belum menemui sesuatu di mana kelebihannya mengatasi kekurangannya, idea-idea baru telah disarankan yang mungkin melindungi pemandu tanpa menghadang penglihatannya atau memerangkapnya sekiranya kereta terbalik.


Seorang jurucakap FIA berkata, ujian baru telah dirancangkan sebelum kemalangan Wilson dan akan mengambil masa.


Dua idea baru, satu daripada juara dunia, Mercedes, yang menggunakan 'halo' atau bulatan yang diletakkan di atas kepala pemandu, akan diuji.


Pengarah perlumbaan F1, Charlie Whitting - ketua teknikal FIA yang bertanggungjawab terhadap isu-isu keselamatan - berkata semacam perlindungan untuk kokpit akan diperkenalkan juga akhirnya.


"Kami perlu cekalkan hati," katanya. "Kami mesti mencipta sesuatu, sekalipun tidak 100 peratus dapat melindungi pemandu dalam apa jua keadaan.


"Jika ia meningkatkan keadaan, ia perlu bagus. Mesti ada jalannya."


Perbahasan bagaimana hendak melindungi kepala pemandu yang terdedah, telah berjalan untuk bertahun-tahun, dan dibangkitkan semula selepas kematian pemandu Perancis, Jules Bianchi, pada Julai lalu yang mengalami cedera parah apabila keretanya merempuh sebuah trektor di Suzuka pada Oktober lalu.


Bekas pemandu F1 Brazil, Lucas di Grassi, berkata melalui akaun Twitter beliau bahawa IndyCar perlu menimbangkan penggunaan kokpit yang tertutup ekoran kematian Wilson.


"Bumbung akan digunakan untuk setiap siri formula pada masa depan. Bukan sahaja untuk keselamatan, malah meningkatkan aerodinamik," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >