KELMARIN, Liverpool meraih ganjaran gandingan berkesan antara Luis Suarez dengan Daniel Sturridge yang memporak-perandakan pertahanan Stoke City di Stadium Britannia.
Setakat ini, gandingan itu telah menjaringkan 32 gol - lebih separuh daripada 51 gol yang telah dijaringkan Liverpool dalam Liga musim ini.