Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TERBUKA AMERIKA SYARIKAT

Gauff langkah ke final meski pertandingan diganggu penunjuk perasaan

Sep 08, 2023 | 11:25 AM



NEW YORK: Remaja Amerika, Coco Gauff berjaya melayakkan diri ke final perseorangan Terbuka Amerika Syarikat selepas menundukkan Karolina Muchova dalam separuh akhir yang tertangguh dek bantahan penunjuk perasaan.


Gauff, 19 tahun, menang 6-4 7-5 ke atas pemain ke-10 asal Republic Czech, Muchova, apabila kededua pemain itu kembali ke gelanggang untuk menyambung perlawanan mereka selepas tertangguh selama 50 minit.

Gauff dijadual bertemu Aryna Sabalenka atau Madison Keys dalam final pada Sabtu.

Sebelum itu, penunjuk perasaan yang berteriak agar dihentikan bahan api fosil telah memaksa perlawanan separuh akhir itu ditangguhkan.

Seramai tiga orang berteriak dalam Stadium Arthur Ashe – bahagian lantai atas – sebelum permainan kedua dalam set kedua.

Dengan pihak keselamatan tidak mampu mengalihkan penunjuk perasaan, para pemain terpaksa meninggalkan gelanggang dan kembali ke bilik persalinan.

Permainan dihentikan pada 8.05 malam (waktu tempatan) di New York dan ditangguhkan selama lebih 45 minit sebelum disambung.

Pada masa itu Gauff sedang mendahului 6-4 1-0 apabila kejadian tersebut berlaku.

Akhirnya, para pemain diarah meninggalkan gelanggang sedang kakitangan keselamatan dan para pegawai Jabatan Polis New York cuba meleraikan situasi.

Dua penunjuk perasaan dilihat meninggalkan tempat itu secara sukarela, dengan yang ketiga terus kekal di tempat duduknya.

Kesemua mereka memakai kemeja-T dengan logo kumpulan penunjuk perasaan, Extinction Rebellion, yang berslogan, “Hentikan Bahan Api Fosil”.

Sementara itu, cuaca panas menjejas para pemain sekali lagi pada Khamis, dengan Nicolas Mahut berasa pening dan Rajeev Ram terpaksa makan susyi di tengah permainan.

Ram, seorang warga Amerika, telah meminta makanan semasa kemenangannya dalam separuh akhir berpasangan lelaki, kemudian menerangkan bahawa cuaca yang terlalu panas membuatnya tidak makan dengan mencukupi sebelum perlawanan.

“Semasa sesi memanaskan tubuh saya berpeluh dengan banyak. Sehinggakan saya rasa tenaga berkurang sedikit,” katanya.

Hal itu timbul selepas Daniil Medvedev berkata bahawa seorang pemain boleh meninggal dunia dalam keadaan sedemikian.

Pemain asal Russia itu menganggap haba kali ini amat panas semasa kemenangannya ke atas Andrey Rublev dalam suku akhir pada Rabu.







Sementara itu Mahut yang berasal dari Perancis terpaksa berhenti bermain separuh jalan semasa dalam set ke-12 dalam separuh akhir berpasangan lelaki di Louis Armstrong, dengan memberitahu doktor bahawa beliau berasa pening.

Beliau mampu meneruskan perlawanan namun beliau dan rakan gandingannya Pierre-Hugues Herbert tewas dalam straight set kepada Rohan Bopanna dan Matthew Ebden.

Bagi Ram pula yang sempat menikmati snek sushinya, bersama gandingannya Joe Salisbury, tewas dalam set kedua separuh akhir lelaki berpasangan namun kemudian berjaya menewaskan lawan mereka yang terdiri daripada Ivan Dodig dari Croatia serta Austin Krajicek dari Amerika 7-5 3-6 6-3 untuk melangkah ke final ketiga mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >