Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sabalenka tewaskan Zheng Qinwen, mara ke separuh akhir

Sep 7, 2023 | 1:29 PM
PILIHAN UTAMA: Aryna Sabalenka merupakan kegemaran penyokong untuk memenangi kejohanan Terbuka Amerika, dan prestasi beliau semasa kejohanan ini membuktikan beliau seolah-olah layak untuk menang.
PILIHAN UTAMA: Aryna Sabalenka merupakan kegemaran penyokong untuk memenangi kejohanan Terbuka Amerika, dan prestasi beliau semasa kejohanan ini membuktikan beliau seolah-olah layak untuk menang. - Foto EPA-EFE

NEW YORK: Aryna Sabalenka mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat untuk tiga tahun berturut-turut dengan kemenangannya ke atas pemain China, Zheng Qinwen, 6-1 6-4.

Sabalenka tahu awal minggu ini bahawa beliau akan menjadi pemain nombor satu dunia yang baru selepas kejohanan itu.

Pemain Belarus berusia 25 tahun itu tidak pernah bermain di peringkat akhir New York.

Sabalenka akan menentang naib juara 2017, Madison Keys, selepas pemain Amerika itu menewaskan juara Wimbledon, Marketa Vondrousova 6-1 6-4.

“Saya pasti saya bermain tenis yang hebat hari ini dan saya sangat gembira dapat menang,” kata Sabalenka, yang sebelum ini kalah dalam separuh akhir semasa menentang pemain Kanada, Leylah Fernandez dan Iga Swiatek dari Poland.

Beliau juga katakan bahawa dirinya telah belajar daripada kekalahan separuh akhirnya yang lalu, dan kini beliau semakin kurang letih semasa di gelanggang dan bersedia untuk bermain dengan lebih baik dalam separuh akhir kali ini.

Sabalenka dianggap sebagai pilihan prakejohanan bersama juara bertahan Swiatek pada acara Grand Slam terakhir musim ini, berdasarkan prestasi cemerlangnya sepanjang tahun dan di gelanggang keras Terbuka Amerika.

Ketiadaan Swiatek dalam pusingan 16 terakhir selepas disingkirkan Jelena Ostapenko dari Latvia memberikan lebih keyakinan kepada penyokong Sabalenka bahawa beliau boleh terus memenangi kejohanan utama keduanya.

Juara Terbuka Australia itu telah mara ke separuh akhir dalam kesemua empat kejohanan utama pada 2023, menjadi wanita pertama sejak Serena Williams pada 2016 untuk mencapai kejayaan itu.

Sedang cara pemain Amerika, Coco Gauff kelihatan hebat semasa bermain dalam kumpulan lain, cara kemenangan Sabalenka ke atas Zheng membuktikan akan kelayakannya.

Beliau juga tidak kalah satu set pun ketika melangkah ke suku akhir.

Cara beliau mendominasi Zheng daripada awal perlawanan menggambarkan keyakinannya, memenangi tujuh mata pertama untuk mendahului jauh Zheng, dan menamatkan set pertama dalam masa 27 minit.

Sabalenka memastikan kemenangan beliau dalam masa satu jam 13 minit sahaja.

Sabalenka akan menentang Madison Keys , yang menang ke atas Czech Vondrousova di New York dengan mudah.

Pemain Amerika itu kekal mempamerkan prestasi mengagumkan sejak beberapa bulan lalu, berjaya mara ke pusingan suku akhir Grand Slam berturut-turut sebelum mara lebih jauh dalam kejohanan utama di Amerika.

Beliau akan berdepan dengan cabaran yang sukar menentang Sabalenka, yang menewaskannya di Wimbledon, tetapi beliau berkata akan “perbaiki diri dan mendapatkan sebanyak mata yang boleh”.

“Setelah baru bermain dengannya di Wimbledon, Sabalenka sudah pasti hebat tahun ini,” kata Keys.

“Ia satu perlawanan yang amat berbeza dan ia akan mempunyai banyak pukulan kuat dan jurang mata yang tidak luas,” tambah beliau. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg