Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gavin Lee bakal diumumkan sebagai jurulatih tetap Singa

Nov 27, 2025 | 4:32 PM
Gavin Lee, Kejohanan Asean, new coach, new lions coach
Tugasan utama Gavin Lee ialah Kejohanan Asean 2026, yang akan berlangsung dari 24 Julai hingga 26 Ogos. - Foto fail

Selepas mencatat sejarah dengan membawa pasukan Singa ke layak Piala Asia, Gavin Lee bakal diberi ganjaran oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Menurut laporan akhbar The Straits Times, jurulatih berusia 35 tahun itu, yang akan memimpin pasukan kebangsaan Singapura ke kejohanan benua melibatkan 24 pasukan di Arab Saudi pada 2027, telah ditawarkan jawatan itu secara tetap.

Selepas tiga pengambilan jurulatih asing berturut-turut, beliau akan menjadi jurulatih tempatan tetap pertama FAS sejak V. Sundram Moorthy pada 2016.

Sumber menyatakan bahawa Lee telah bertemu pegawai FAS dan menerima tawaran tersebut.

ST difahamkan bahawa pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi dan ia adalah bagi kontrak selama 18 bulan.

Lee yang ditemui ST di Stadium Jalan Besar pada 27 November berkata: “Belum ada apa-apa yang ditandatangani tetapi dipertimbangkan adalah satu keistimewaan.

“Sama seperti ketika saya mula-mula menjadi jurulatih sementara, apa yang saya mahukan adalah yang terbaik untuk pasukan kebangsaan dan meneruskan kemajuan yang saya fikir telah kami capai dalam beberapa tempoh terakhir.”

Menurut beliau matlamat utamanya ialah untuk melahirkan pasukan kebangsaan yang boleh orang ramai banggakan.

Tugasan utama pertama Lee ialah Kejohanan Asean 2026, yang akan berlangsung dari 24 Julai hingga 26 Ogos.

Sebagai jurulatih sementara, beliau telah membantu Singa meraih dua kemenangan (kedua-duanya 2-1 ke atas India dan Hongkong) dan satu seri (1-1 dengan India).

Beliau berbesar hati menjadi jurulatih pertama yang membawa Singa ke Piala Asia secara merit. Satu-satunya penyertaan Singapura dalam kejohanan bola sepak benua itu adalah ketika ia dianjurkan di sini pada 1984.

Berikutan kemenangan 2-1 ke atas Hongkong pada 18 November, desakan orang ramai agar Lee diberi tugas sepenuh masa semakin meningkat sementara yang lain menggesa FAS memilih jurulatih asing berpengalaman untuk memimpin pasukan ke Piala Asia 2027.

Tetapi FAS telah memutuskan untuk kekal dengan Lee, yang mengambil alih peranan jurulatih sementara Singa pada Jun selepas pendahulunya, Tsutomu Ogura dari Jepun, meletak jawatan atas sebab peribadi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg