SELEPAS tiga perlawanan tanpa kalah, mereka antara pasukan 'in-form' Liga-S Great Eastern-Yeo's musim baru ini.
Jurulatih Geylang International, Hasrin Jailani, bagaimanapun memberi amaran kepada anak didiknya bahawa mereka memikul tugas mencabar meneruskan prestasi memberangsangkan apabila menerima kunjungan Balestier Khalsa di Stadium Bedok malam ini.