Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Geylang menyerlah, tamparan bagi Sailors

Sep 06, 2022 | 05:30 AM



GEYLANG International mempamerkan persembahan cemerlang apabila menewaskan juara bertahan Lion City Sailors 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Singapura AIA di Stadium Jalan Besar kelmarin.



Kejayaan itu merupakan kemenangan kedua Sang Helang ke atas Sailors musim ini.



Kemenangan tersebut bermakna pasukan pimpinan bekas penyerang negara, Mohd Noor Ali, itu meneruskan rekod tidak pernah kalah mereka kepada empat perlawanan dan kekal bersaing bagi tiga tempat teratas dengan hanya baki lima perlawanan sebelum liga setempat itu melabuhkan tirainya.



Geylang kini di tangga keempat - empat mata di belakang seteru tradisional mereka, Tampines Rovers.



Dalam perlawanan itu, Sailors membuka tirai jaringan menerusi gol oleh bintang Belgium, Maxime Lestienne, yang menyempurnakan hantaran cantik dari pemain import Korea Selatan, Kim Shin-Wook, pada minit kelapan.



Namun, empat minit kemudian, penyerang Geylang, Vincent Bezecourt, menyamakan kedudukan sebelum pemain asal Perancis itu menggandakan jumlah golnya dalam perlawanan tersebut dengan jaringan keduanya pada minit ke-36.



Geylang mengakhiri persembahan penuh dominasi mereka pada separuh masa pertama dengan jaringan Hazzuwan Halim, yang merupakan pemain gantian, menggantikan Sime Zuzul yang cedera.



Dalam separuh masa kedua, Sailors mengasak benteng pertahanan Geylang bertubi-tubi, namun gagal menambah jaringan dengan kapten dan penjaga gawang Geylang, Zaiful Nizam, beraksi cemerlang.



Mengulas kemenangan tersebut, ketua jurulatih Geylang, Noor Ali, berkata:



"Ini adalah satu perlawanan hebat dan saya amat bangga dengan para pemain saya. Saya sentiasa meyakini kebolehan mereka dan apabila kami bermain dengan potensi penuh, kami boleh menewaskan sesiapa sahaja. Dalam perlawanan ini, kami menunjukkan kewibawaan kami," ujar beliau, bercakap kepada laman rasmi Geylang International.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >