Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KOREA SELATAN LWN GHANA

Ghana mampu kejutkan Korea Selatan

Nov 28, 2022 | 05:30 AM



QATAR: Korea Selatan mungkin dianggap favorit dalam perlawanan ini, namun kemungkinan Ghana menyebabkan keputusan mengejut ke atas gergasi Asia itu tidak boleh diketepikan.



Korea Selatan akan bertemu Ghana dalam perlawanan kedua buat kededua pasukan dalam Kumpulan H.



Perlawanan antara kededua pasukan itu akan berlangsung di Stadium Education City.



Dalam perlawanan pembukaan semasa menentang Uruguay Khamis lalu, Korea Selatan hanya mampu seri 0-0 dengan Uruguay.



Sementara Ghana yang bertemu Portugal awal pagi Jumaat lalu, kurang bernasib baik selepas tewas 2-3.



Pemain handalan Korea Selatan, Son Heung-Min, memikul tanggungjawab berat selaku kapten pasukan.



Sebelum ini penyertaannya dalam pasukan negaranya itu menjadi tanda tanya berikutan pembedahan muka yang dilaluinya akibat kecederaan yang dialami dalam Liga Perdana England (EPL) sebelum Piala Dunia bermula.



Mujur beliau yang berlatih dengan memakai pelindung muka, dikatakan cergas selepas pembedahan itu.



Sebelum ini pengurus Korea Selatan, Paulo Bento, menamakan 26 pemain yang ke Qatar, termasuk pemain pertahanan handalan mereka yang bermain di Napoli, Kim Min-jae.



Ghana akan bergantung harapan ke atas dua pemain adik-beradik, Jordan dan Andre Ayew.



Andre, 32 tahun, kini beraksi dengan Al Sadd SC dalam Liga Bintang Qatar, sementara Jordan, 31 tahun, kini bersama kelab EPL, Crystal Palace.



Mereka juga mempunyai penyerang berbisa yang mewakili Athletic Bilbao, Inaki Williams, yang dilahirkan di Sepanyol serta pemain pertahanan Brighton, Tariq Lamptey, yang lahir di England.



Williams dijangka mampu berganding dengan pasangan adik-beradik Ayew, sementara Lamptey yang bermula di akademi Chelsea, menunjukkan prestasi hebat dengan Brighton sejak 2020.



Jika menurut ranking Fifa, Ghana berada di kedudukan ke-61 sementara Korea Selatan di tangga ke-28.



Meskipun begitu Ghana masih mempunyai peluang baik untuk meraih mata menyusuli persembahan kurang konsisten Korea Selatan.



Dua lagi pasukan dalam kumpulan yang sama ialah Uruguay dan pasukan handal, Portugal.



Sementara itu, acara berhimpun dan bersorak di jalan raya di kawasan Gwanghwamun Square telah pun dibenarkan bagi semua pertandingan Piala Dunia melibatkan pasukan nasional Korea Selatan.



Pemerintah Metropolitan Seoul sebelum ini memberi lampu hijau bagi acara bersorak di jalan raya menyusuli permohonan oleh kelab Red Devil gelaran kelab peminat rasmi pasukan bola sepak Korea Selatan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >