Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

G.O.A.T. dan 'underdog' sinari arena sukan 2022

Jan 03, 2023 | 05:30 AM



2022 adalah tahun untuk G.O.A.T. dan underdog.



Tidak!



Artikel ini bukan mengisahkan tentang ladang haiwan - kambing (goat dalam bahasa Inggeris) dan anjing (dog).



G.O.A.T. adalah singkatan bagi Greatest Of All Time atau Pemain Terhebat Sepanjang Zaman, manakala underdog pula, sebagaimana maklum adalah pasukan bukan pilihan.



Ia mengenai wira-wira sukan yang telah menarik tumpuan tajuk utama berita dan menawan hati dunia sepanjang tahun lalu.



2022 menyaksikan dunia keluar daripada gelombang pandemik Covid-19, dengan banyak negara melonggarkan sekatan dan membuka semula sempadan perjalanan.



Justeru, lebih banyak kejohanan antarabangsa dapat dianjurkan, sekali gus diadakan secara besar-besaran.



YANG TERHEBAT UNDUR DIRI



Pembukaan dunia sukan ini bermakna ramai atlet rancak bersaing di luar negara untuk menebus masa yang hilang dua tahun lalu.



Bagaimanapun, untuk segelintir atlet yang berada di hujung-hujung kerjaya mereka, masa terbuang itu tidak dapat diputar semula sedang usia mereka juga semakin senja.



Maka 2022 adalah garisan penamatnya, dengan mereka mengucapkan selamat tinggal.



Arena tenis berasakan kehilangan besar dua G.O.A.T - Roger Federer dan Serena Williams.



Federer dan Williams, kedua-duanya 41 tahun, yang dilahirkan selang sebulan, telah membina kerjaya legenda yang mentakrifkan semula konsep panjangnya kerjaya dalam arena sukan.



Tahun lalu, mereka meninggalkan gelanggang dalam tempoh tiga minggu antara satu sama lain.



Kedua-dua persaraan mereka sempurna dalam gaya tersendiri.



Selepas mempamerkan kehebatannya buat kali terakhir dengan menewaskan pemain nombor dua dunia, Anett Kontaveit, dalam Terbuka Amerika Syarikat, Williams, yang kelihatan sebak, menamatkan kerjayanya dengan memberi penghormatan kepada pesaing terbesarnya, iaitu kakaknya, Venus.



Walaupun Federer dihimpit masalah kecederaan lutut yang kronik, beliau bermain perlawanan terakhirnya, yang dikelilingi rakan-rakan seperjuangan seperti Rafael Nadal, Novak Djokovic dan Andy Murray, dalam Piala Laver.



Nadal, yang dilihat menangis teresak-esak di samping Federer selepas perlawanan, jelas menggariskan makna kerjaya cemerlang ikon Switzerland itu kepada sukan tersebut.



Di padang bola sepak pula, seorang lagi G.O.A.T mengukuhkan statusnya sebagai yang terhebat sepanjang zaman.



Pemenang tujuh kali Ballon d'Or, Lionel Messi, beraksi hebat untuk memimpin Argentina menjulang trofi kejuaraan Piala Dunia ketiga mereka selepas 36 tahun.



Penyerang berusia 35 tahun itu turut merangkul Piala Dunia sulungnya dalam penyertaan kelima edisi kejohanan empat tahun sekali itu.



Qatar 2022, bagaimanapun, adalah penampilan terakhir Messi di pentas terbesar dunia bola sepak.



Ketiadaan para ikon sukan ini di pentas terbesarnya kelak pasti dirindui ramai peminat.



Bagaimanapun, pencapaian luar biasa mereka akan selamanya dikagumi dan menjadi inspirasi kepada generasi mendatang.



YANG 'UNDERDOG' MELONJAK NAIK



Kebangkitan pasukan dan atlet underdog juga mendapat perhatian pada 2022.



Kisah Maghribi dalam Piala Dunia, ketika mereka menjadi pasukan Afrika dan Arab pertama untuk ke separuh akhir, menyentuh hati ramai.



Daripada semangat juang mereka di atas padang kepada kekuatan agama Islam dan budaya Arab yang dipaparkan semasa kejohanan, skuad pimpinan jurulatih Walid Regragui itu telah membuka mata dunia kepada kepelbagaian.



Pasukan Asia, termasuk Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi, turut menonjol di Qatar, sekali gus memberi bayangan masa depan yang cerah untuk bola sepak benua itu.



Dengan kekosongan kini ditinggalkan oleh para G.O.A.T, bintang baru dan underdog menyasar menempah nama mereka.



Carlos Alcaraz dan Iga Swiatek, yang cemerlang pada 2022, disebut memiliki ciri-ciri juara hebat tenis.



Alcaraz, warga Sepanyol berusia 19 tahun, disebut sebagai pengganti Nadal' setelah merangkul Terbuka Amerika dan naik ke tangga teratas ranking dunia tenis lelaki pada September lalu.



Nadal ialah ikon tenis Sepanyol yang sudah menjuarai 22 gelaran Grand Slam, iaitu rekod terbanyak sepanjang zaman.



Swiatek, 21 tahun, pula memenangi dua Grand Slam tahun lalu dan mempunyai rekod 37 pertarungan tanpa kalah, yang merupakan paling lama dalam sejarah Jelajah WTA pada abad ke-21.



Srikandi dari Poland itu kini ialah pemain tenis wanita nombor satu dunia.



Sementara itu, penyerang Perancis, Kylian Mbappe, berada di laluan tepat untuk mendapat gelaran G.O.A.T.



Beliau sudah tampil dalam dua perlawanan akhir Piala Dunia - juara 2018 dan naib johan 2022 - dan menjaringkan 12 gol Piala Dunia daripada 18 penampilan - jumlah sama dengan Messi meskipun melakukannya dalam 26 perlawanan. Mbappe hanya berusia 24 tahun.



Selamat tinggal 2022, helo 2023.



Selamat tinggal G.O.A.T, helo bintang hari esok.



Grand Slam tenis dan Piala Dunia Fifa tidak akan sama lagi selepas ini.



Menyedihkan.



Tetapi, itulah lumrah sukan.



Bak pepatah Melayu, yang patah tumbuh, yang hilang berganti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >