Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Gol Aubameyang tambah derita Arsenal

Dec 15, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Arsenal mengalami kekalahan keempat berturut-turut di laman sendiri buat pertama kali sejak 1959 apabila jaringan sendiri Pierre-Emerick Aubameyang memberikan kemenangan 1-0 buat Burnley awal pagi semalam.



Skuad Gunners sekali lagi dikecewakan faktor kurang berdisiplin apabila Granit Xhaka dibuang padang sejurus sebelum sejam permainan yang memberikan kelebihan buat Burnley.



Aubameyang yang masih menanti gol pertama liga dalam permainan terbuka sejak menandatangani perjanjian mewah tiga tahun pada September, menjaringkan gol sendiri ketika cuba mengeluarkan bola sepakan sudut Ashley Westwood 17 minit sebelum tamat permainan.



Kemenangan membolehkan Burnley keluar daripada zon penyingkiran manakala Arsenal di tangga ke-15, hanya lima mata di atas tiga pasukan terbawah.



"Kami perlu menjaringkan gol, itulah yang kami hilang. Apa yang kami lakukan dan apa yang Burnley lakukan, tidak boleh dibandingkan," kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.



Pengurus dari Sepanyol itu sebelum ini dipuji kerana mendatangkan impak segera dengan membawa Arsenal memenangi Piala FA musim lalu, hanya lapan bulan memegang jawatan penting itu buat kali pertama.



Namun Arteta kini berdepan tekanan besar ketika tiada tanda dia boleh menukar keadaan untuk berdepan Southampton, Everton, Manchester City dalam Piala Liga dan Chelsea dalam empat perlawanan berikutnya.



Bagi Arteta, tindakan Xhaka jauh lebih teruk berbanding ketika Nicolas Pepe dibuang padang kerana mengkasari lawan dalam pertemuan dengan Leeds United bulan lalu.



"Sukar diterima. Apa yang berlaku hari ini lebih teruk, malah memburukkan keadaan kami tidak menang beberapa perlawanan," katanya.



Sementara itu di London, Jeffrey Schlupp menjaringkan gol penyamaan lewat permainan susulan kesilapan penjaga gol, Hugo Lloris untuk membantu Crystal Palace terikat 1-1 bersama pendahulu Liga Perdana England (EPL), Tottenham Hotspur kelmarin.



Harry Kane meletakkan Spurs di landasan tepat untuk kemenangan keenam mereka dalam tujuh aksi liga menerusi rembatan jarak jauh yang sepatutnya boleh diselamatkan Vicente Guaita.



Penjaga gol Sepanyol berkenaan sebelum itu beraksi cemerlang apabila menafikan tiga percubaan daripada Tanguy Ndombele, Sergio Reguilon dan Kane.



Namun, dia akhirnya tertewas selepas Kane melakukan percubaan melencong dari jarak jauh untuk Spurs mendahului 1-0.



Palace hampir mengikat kedudukan tetapi percubaan Eberechi Eze terkena tiang.



Gol penyamaan yang diburu tiba pada 10 minit terakhir selepas Schlupp menyambar bola yang ditepis Lloris berpunca daripada sepakan percuma Eze. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >